cara kira harga emas

3 Persediaan Yang Patut Anda Lakukan Sebelum Pencen

loan kereta dan loan rumah

Pencen bukan soal umur, tapi ia soal kedudukan kewangan.

Kadang-kadang saya rasa kesian, ada staff saya sudah sampai umur pencen, tapi masih perlu minta ihsan syarikat untuk menumpang rumah syarikat, sementara dia ada rumah lain.

Bila di tanya. Bila rumah tu akan siap? Rupa-rupanya belum lagi dibuat!

Ada rumah lain maksudnya mereka sekeluarga perlu cari rumah sewa lain, dan mengharapkan ihsan anak-anak untuk bayarkan sewaan bulanan.

Bila-bila difikir-fikir balik, bagi orang yang akan pencen dalam masa 10 tahun akan datang, ini 3 persediaan yang anda perlu lakukan sekarang!

#1 Bebas Dari Segala Hutang

langkah langsaikan hutang

Bila sudah pencen, maksudnya anda sudah tidak ada sumber pendapatan aktif. 

Nak cari income lagi, tapi kudrat dah tak mampu. Nak tak nak, anda kena bebas dari segala hutang-hutang negatif.

Hutang negatif ialah hutang yang membuatkan poket anda semakin kering, seperti hutang kad kredit, hutang pribadi dan juga hutang kereta.

Bila dah capai umur 50an, jangan lagi buat hutang baru! Barulah anda boleh pencen dengan gembira.

#2 Memiliki Tempat Berteduh Sendiri

tips beli rumah pertama

Makanan, pakaian dan tempat tingga. Ini ialah keperluan asasi manusia.

Sebelum anda pencen, anda perlu ada rumah yang dah habis bayar! Ingat ya, rumah yang sudah habis bayar!, bukan yang baru nak bayar!

Kecuali anda ada pasif income, income tersebut la bantu anda untuk membayarnya!

#3 Mempunyai Pendapatan Pasif

Pendapatan Pasif dan aktif

Bagi pesara, biasanya mereka akan memperoleh durian runtuh. Duit dari KWPS.

Mungkin boleh cecah berjuta-juta. Sebenarnya, duit tu bukan untuk anda pakai dan berjoli!

Duit tu sebenarnya untuk anda simpan dalam isntrument kewangan yang memberikan pasif income kepada anda.

Paling mudah ialah simpan dalam asb atau tabung hajin, walaupun tak banyak, tapi ia memberi pendapatan pasif kepada anda.

Kesilapan ramai pesara ialah, dapat duit KWPS, mereka joli katak. Dan paling bahaya ialah, mereka terjoin skim cepat lingkup.

Dah lah baru pencen, lepas tu terus lingkup!

Bersedia Dari Awal Kerja

aktiviti orang berjaya

Sebenarnya, bukan umur 50an baru perlu fikir pasal pencen, tapi bila dari mula kerja dah perlu bekerja ke arah pencen!

Belajar mengurus kewangan dengan betul sejak dari mula. Kalau umur 25 dah kena tipu, takpa.

Anda boleh bangun 1000kali lagi untuk bangkin dan taubat dari dosa-dosa kewangan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
3 Jun 2019
29 Ramadhan 1440H

Artikel Berkaitan

>