ciri scam emas

3 Ciri Scam Pelaburan Emas, Lari cepat-cepat!

Muncul lagi sekarang skim emas yang memberikan income bulanan kepada kita. Siapa yang mudah 'terliur' dengan nak cepat kaya, mereka akan mudah masuk perangkap.

Sejak dari tahun 2010 saya sebagai penyimpan emas, mana-mana syarikat yang menawarkan skim seperti ini, akan membuatkan orang ramai mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Siapa yang join, dia akan belajar ilmu tentang emas dengan kos yang sangat mahal. Siapa yang bijak, dia akan belajar dari pengalaman orang lain.

Ciri-ciri Skim Pelaburan Emas

Setakat pengalaman saya, antara ciri-ciri skim cepat kaya yang bertopengkan emas :

(1) Beli Emas Dapat Pendapatan

Apabila kita beli emas, emas kita secara fizikal belum dapat, tapi syarikat seperti ini akan memberikan kita pendapatan setiap bulan.

Secara logiknya, macam mana syarikat ini terlalu baik hati untuk memberikan kita income setiap bulan. Dalam beberapa bulan, syarikat akan bagi balik emas yang kita beli.

Emas dapat, dapat income lagi? Ini red flag!

(2) Jaminan Untung Secara Tetap

Bila kita berminat nak join. Kita sudah diberikan jadual siap-siap. Contoh :

  • Beli 10gram, dapat RM1000 sebulan.
  • Beli 100gram, dapat RM10,000 sebulan

Maksudnya, syarikat jamin untung, dalam jumlah yang ditetapkan. Persoalan lagi sekali, macam mana syarikat boleh buat untung begitu hebat sekali?

Sedangkan, harga emas dalam jangka masa pendek ada turun dan ada naik. Macam mana hebat sangat syarikat tersebut? Red flag!

(3) Guna Istilah Yang Susah Faham

Emas itu sebenarnya sangatlah mudah. Ada satu syarikat beberapa tahun lepas, menawarkan beli emas 1gram dapat 10gram. Beli 10gram dapat 100gram.

Wah. Ini luar biasa baik hati. 

Emas ni sangat lah mudah. Beli emas dapat emas secara fizikal. Beli 1gram dapat 1gram sahaja. Tak lebih, dan tak kurang.

Logik Mudah Pelaburan

Menurut mentor saya, kalau mana-mana pelaburan yang dijamin untung lebih dari 20% setahun. Anggaplah saja itu adalah scam, kecuali ia dibuktikan sebaliknya oleh pakar kewangan.

Tak perlu nak ambil peluang 'join awal', kononnya join awal biasanya selamat. Tak perlu! Kalau kita dah tahu risikonya, sudah faham modus operandinya. Walau kita boleh untung sekalipun, kita kena ingat, ia cuma money game.

Kita untung, tapi dalam masa yang sama, kita menganayai orang lain yang langsung tidak tahu dan tidak ada pengalaman tentang emas.

Tidak ada keberkatan dalam keuntungan kita itu.

Hafiz
Kota Bharu
4 Mei 2026

Artikel Berkaitan

>