Gelak besar satu bilik....
" Malam ni kita ada brisk walk lepas isyak, jadi kena makan siap-siap lepas magrib", kata seorang rakan sebilik, Abg K.
" Oh yeke, nak kena bagitau wife siap-siap ni kalau nak makan awal, nanti tak pasal-pasal muncung mulut time night walk", jawab Abg N.
" Ya, betul. Kena bagitau....Kalau tak....Habis", tambah Abg K.
Haa? Kami terus gelak besar dalam bilik.Ha Ha Ha. Termasuklah seorang lagi rakan sebilik, umur 40an. Saya yang paling muda, tengah 30an.
Abg K dan Abg N, masing-masing dah umur sekitar 60. Saya ingat pasangan muda je merajuk-merajuk ni. Rupanya, semuanya sama saja. Dan saya rasa, 5 tahun pertama fasa untuk mengenal pasangan yang betul-betul kena banyak belajar memahami. Saling kena usaha untuk memamahi.
Itulah lumrah perkahwinan, tergigit lidah tu biasa. Yang penting saling bertolak ansur.
Alhamdulillah, selepas hampir 12 tahun kahwin. Kami berdua dapat panggilan Haji. Banyak masa boleh sembang dan bincang dengan wife tentang impian hidup kami. Tanpa perlu sibuk mengurus anak.
Teringat balik 3 tahun pertama kahwin dulu. Waktu belum ada anak. Banyak keluar berdua pergi explore dan window shopping. Waktu tu duit ngam-ngam. Hari ni, dari sudut duit, insyaAllah nak beli apa-apa yang perlu, nak try makan sedap-sedap pun tak perlu fikir pasal harga.
Tambah-tambah dekat Aziziyah. Kami duduk bilik asing-asing. Jadi, kejap-kejap mesej wife. Nak makan mesej lagi, nak turun jalan-jalan mesej lagi. Feeling-feeling baru bercinta gitu.

