Beli Emas, Untung Bulan Bulan

Kalau dapat tawaran beli emas dan dapat income bulan-bulan, sahabat semua perlu hati-hati. Saya yakin, ia 100% penipuan.

Namun, perkara ini memang wujud sekitar tahun 2012 hingga 2014 dulu, ramai yang dah lingkup, yang untung hanya pengelola program tersebut sahaja.

Konsep Sebenar Pelaburan Emas

Pelabur (jual beli) emas hanya buat untung apabila beli emas pada harga murah, dan jualnya semula pada harga lebih mahal.

Itu sahaja. Tak lebih dari itu.

Namun. Persoalannya. Bila nak beli? Apa tujuan anda beli emas? Dekat mana nak beli? Itu semua faktor yang membuatkan pembeli emas mendapat untung!

Tersalah beli emas. Boleh rugi. Tak ada tujuan beli emas pun boleh sakit hati.

Simpan Emas, Bukan Labur

Emas merupakan sebahagian alat kewangan je. Banyak lagi alat kewangan lain yang anda boleh buat untung selain emas.

Namun, dalam emas, kenapa ramai pakar kewangan menasihatkan untuk anda beli emas ialah bukan untuk melabur dalam emas, tetapi untuk menyimpan emas.

Simpan emas sebagai alternatif lain selain duit kertas, sebagai pelindung kekayaan anda jika berlaku bencana ekonomi atau ketidaktentuan terhadap ekonomi dunia.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
6 February 2020
11 Jamadil Akhir 1441H

Artikel Berkaitan

Siapa ada cash RM100K dalam bank? Selamatkan cepat-cepat.

Tak pernah habis. Setiap tahun ada saja isu tentang kenaikan harga barang. Malah sekarang,  bukan lagi setiap tahun, tapi hampir 2-3 bulan sekali. Mesti dengar lagi berita tentang ini. Dulu RM100, cukup belanja barang dapur penuh satu troly. Harini, kalau RM100, dapat satu plastik kecil sahaja. Siapa ada cash RM100k, RM200k atau RM1juta? Artikel ini untuk anda.

Read More

Ekonomi Tidak Stabil, Emas Benteng Kewangan Keluarga

Dari tahun ke tahun, kita mesti dengar ekonomi tidak stabil. Kita tengok sahaja Malaysia 5 tahun kebelakangan ini, baru sahaja ekonomi nak stabil, bertukar lagi kerajaan baru. Sedar tak sedar, dalam masa yang singkat, kita sudah ada 5 perdana menteri. Dari Najib Razak, Tun M kembali jadi PM, dan zaman Muhyidin Yassin, Sabri Yacob dan sekarang ialah Anuar

Read More

Jangkaan Harga Emas Tahun 2023, Apa Kata Pakar?

Apa jangkaan harga emas lepas raya nanti oleh pakar-pakar ekonomi dalam dunia?Kenaikan harga emas yang mendadak pada tahun 2023 disebabkan isu berbankan yang berlaku. Pagi hari minggu hari ini, saya berkesempatan untuk ikuti live dari mahaguru emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim. Topik yang sangat menarik pagi ini ialah tentang isu semasa tentang emas, dan di akhir

Read More

Awas! Skim Cepat Kaya Bertopengkan Emas!

Kali pertama saya dengar tentang satu syarikat ini (saya bahasakan XYZ), saya tidak ada apa-apa syak wasangka seperti mana syarikat-syarikat emas lain yang baru saya dengar. Bila ada yang bertanya tentang mana-mana syarikat emas lain selain Public Gold, saya cuma bagitahu tentang 5 kritiria penting emas untuk pelaburan atau simpanan. Macam biasa, dah bertahun – tahun. Jawapan

Read More