Kenapa perlu kaya

Biar Tidak Kaya, Asal Bahagia?

 

Kenapa perlu kaya

 

Pernah saya terlihat satu komen dari pengguna facebook ” Biar tak kaya, asal bahagia” di posting guru saya sebelum ni.

Sebenarnya, komen yang macam tu bagi saya, komen yang mencipta 1001 alasan untuk tidak berusaha dalam mempertingkatkan tahap kewangan diri sendiri.

Dalam erti kata lain, ia membuat otak kita terus berhenti untuk berfikir demi meningkatkan kemajuan diri.

Apa jawapan guru saya terhadap komen macam tu?

Dalam Islam, nak “bahagia” itu sendiri perlu sempurnakan tanggungjawab keluarga. Nak sempurnakan tanggungjawab keluarga memerlukan sedikit kekayaan. Nak tunaikan rukun Islam Haji dan Zakat pun perlukan kekayaan. Apatah lagi nak bahagia bukan?

Bila saya fikir-fikir balik, memang betul apa yang guru saya kongsi sebelum ni.

Masalah utama kenapa masyarakat kita tidak kaya ialah, salah tafsiran terhadap kekayaan. Apa yang beliau bagitahu lagi, orang kaya tak semestinya hidup mewah, dan orang hidup mewah itu tidak semestinya kaya.

Jadi, mungkin apa yang dalam fikiran kebanyakan dari kita sebelum ini ialah, kaya dan mewah itu sama. Manakala, orang yang nampak mewah itu mesti kaya.

 

Mindset Terhadap Orang Kaya

 

Mindset kebanyakan orang kita (Melayu), tidak menjadi kaya itu lebih baik, kerana kata mereka Islam suruh kita bersederahana.

Memang betul Islam suruh kita bersederhana, tetapi adakah Islam melarang kita menjadi kaya?

Kalau Islam melarang kita menjadi kaya, kenapa 9 dari 10 sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijamin syurga itu, semuanya kaya raya, mereka bukan sahaja MULTI JUTAWAN, malah mereka dijamin masuk syurga.

Cuba fikirkan balik, mungkin mindset kita terhadap orang kaya adalah orang kaya ini sombong, boros dan suka berfoya-foya. Betul ke macam itu dalam fikiran kita terhadap orang kaya?

Kalau betul, saya pasti kita banyak terpengaruh dengan drama-drama Melayu yang kebanyakannya tidak memberi kebaikan pun kepada masyarakat.

Dalam drama Melayu, yang watak jahat itu mesti kaya, dan yang miskin itu baik dan beragama.

Akibat kita sudah diajar dengan ajaran yang salah dari kecil, dan ajaran yang salah itu diwariskan lagi, sebab itu ramai dalam kalangan kita macam KAYA SEGAN MISKIN TIDAK MAHU.

Nak kaya malu-malu, tapi kalau syarikat bagi gaji atau bonus sedikit, mesti kita tidak setuju kan?

 

Umur 25 Tahun Nabi Dah Jutawan

 

Nabi dulu bagi 20 ekor unta merah kepada Siti Khadijah sebagai wang hantaran.

Kalau kita tukar unta itu kepada harga lembu di tempat kita, harganya secara purata RM3000 seekor, RM3000 kali 20 bersamaan RM60k.

Wahh, kalau ada sahabat kita bagi hantaran kepada isteri sebanyak RM60k sekarang dia ni kaya atau miskin?

Unta merah pada zaman nabi boleh digunakan untuk angkat barang dagangan dari negeri ke negeri, kalau dibandingkan sekarang, unta merah umpama sebiji treller yang boleh bawa barang yang banyak, jadi kalau bagi hantaran kepada isteri sebanyak 20biji treler?

Nabi itu biasa-biasa atau MULTI JUTAWAN? Nabi sebenarnya umur 25 sudah bergelar jutawan!!

Apa yang saya ingin sampaikan disini, bukanlah untuk kita bagi hantaran mahal-mahal kepada bakal isteri, tetapi untuk kita setkan fikiran yang betul tentang orang kaya.

Orang kaya dalam drama Melayu tidak sama dengan orang kaya yang sebenar. Mereka kaya sebenarnya sebab mereka banyak memberi kebaikan orang lain. Dan sebab itulah mentor saya selalu pesan, KAYA ITU MULIA!

 

Ayuh Sahabat, Kita Menjadi Orang Kaya Bertakwa

 

Saya sangat tak setuju kalau orang cakap orang kaya ni sombong dan jahat.

Setakat ni saya pernah jumpa dengan 3 orang yang betul-betul kaya. Pendek kata, kalau tidur setahun pun mereka masih menjana duit tanpa henti.

Malah kesemua mereka ni orang yang berbudi dan baik hati!

Tanggal 26 September 2017 yang lalu, saya dijemput untuk makan malam bersama founder Public Gold, Dato Louse Ng. Beliau ni antara orang kaya yang pernah saya jumpa.

Beliau punya merendah diri tu, sampai saya pun rasa serba salah, mana tidaknya, sebelum cedok makanan untuk diri sendiri, beliau siap tolong cedokkan makanan untuk orang-orang disebelahnya, termasuklah saya.

Akhir sekali, satu pesanan dari guru saya, kenapa orang kaya jadi kaya ialah sebabnya mereka banyak memberi kebaikan kepada orang ramai dengan ‘servis’ mereka.

Dan dengan kebaikan ‘servis’ mereka, orang sanggup bagi duit untuk dapatkan servis tersebut. Tak ada orang sanggup bagi duit kepada orang sombong, itu perlu kita tahu.

 

Wallahualam

 

Ini sekadar pandangan sepuloh sen saya hasil dari perkongsian mentor saya dalam SUPER15

 

Hafiz
Tawau, Sabah
30 September 2017

Artikel Berkaitan

>