Punca Masalah Kewangan

Dua Punca Masalah Kewangan, Ini Solusinya!

Punca masalah kewangan hanya akan mula wujud bila kita ada duit, dan ada kemampuan untuk berhutang. Waktu muda remaja, duit belum ada, kita tidak akan pernah lalui masalah kewangan.

Sebab itulah, kalau kita lihat latar belakang orang yang diisyitharkan bankrap, majorti mereka berumur dari 35 tahun dan ke atas.

Jarang kita jumpa orang bankrap pada usia bawah 25 tahun. Ketika usia 25 tahun, mula berkerjaya. Waktu ini, kita ada duit, tapi tiada ilmu, waktu inilah "benih" masalah kewangan mula wujud.

Dan kemuncaknya lepas 10 tahun kemudian. Akhirnya terpaksa diisytiharkan bankrap.

Punca Masalah Kewangan

Masalah kewangan sebenarnya ada dua sahaja :

  1. Tiada tabungan
  2. Hutang

Kalau kita berjaya menabung, dan tidak ada hutang, masalah kewangan sebenarnya tidak akan wujud.

Gaji RM5000 sebulan, tapi berbelanja RM5,500 sebulan. Setiap bulan hutang kita bertambah RM500. Secara tidak langsung, setiap bulan kita miskin RM500.

Setahun miskin RM6000. 10 tahun? Sudah RM60,000.

Kalau income kita tak bertambah, macam mana nak bayar hutang setiap bulan? Setiap tahun harga barang semakin naik. Inflasi itu benar.

Lepas dah 10 tahun, baru sedar hutang tengah banyak. Waktu ini akan ada masalah baru, nak langsaikan hutang yang dah buat selama 10 tahun dengan cepat.

Bila tidak ada ilmu. Terjoin pulak skim cepat kaya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Hutang makin berganda.

Solusi : Tips Menabung RM10,000 Setahun

Mungkin tips ni nampak kuno. Lambat.

Tapi ia berhasil. Sudah banyak bukti hidup yang saya jumpa, menabung dalam bentuk emas, tabungan cepat untuk bertambah.

Ini tips untuk menabung RM10,000 dalam tempoh setahun kepada anda.

Saya nak berkongsi, bagi yang tak pernah berjaya dalam menabung. Simpan sikit-sikit lama-lama masih sikit. Iaitu ada penyakit boros.

Yang pertama, perlu ada akaun emas GAP Public Gold. Ini adalah akaun emas yang bersandarkan kepada emas fizikal.

Boleh mulakan tabungan serendah RM100 sahaja.

Setiap bulan, pastikan anda konsisten menabung 3gram sebulan. Paksa diri menabung dalam bentuk emas, dan lupakan sahaja tabungan tersebut.

3gram sebulan, setahun sudah ada 36gram. Bersamaan RM13,000 sebulan.

Bila simpan dalam bentuk emas, kita akan sedar, bahawa sebenarnya kita memang mampu menabung.

Walaupun dah banyak kali cuba menabung dalam bentuk duit tak pernah nak melekat.

Hafiz
Kota Bharu
27 Jun 2024

Artikel Berkaitan

>