harga emas tinggi

Harga Emas Dijangka Cecah Tertinggi Awal 2021

harga emas tinggi

Harga emas cecah paras tertinggi 2021 - Berita Harian

[Klik Icon]. Dapatkan info terkini tentang emas dan kewangan.

Viral semalam di Facebook apabila page berita harian kongsi satu artikel tentang jangkaan harga emas bakal melonjak lebih tinggi pada tahun depan (2021).

Ada yang cemuh, ada yang buat kalut, dan ramai juga yang buat 'palataw' bak kata orang Kedah. Haha

Untuk berita penuh tersebut, korang boleh rujuk dekat bawah ini.

Haa. Ini lah beritanya. Ada juga member duduk tag aku kat posting tu.

Ada juga dealer-dealer PG yang promot diri untuk bantu masyarakat mula simpan emas. Alhamdulillah.

Kenapa Ada Pakar Dari Citibank Jangka Harga Emas Melonjak 2021?

Inilah persoalannya sekarang.

Macam mana mereka jangka? Petik dari langit? atau sekadar nak menambah perasa dalam keadaan 'gold rush' sekarang? 

Saya nak kongsi ni. Analisa ini pun saya dapat tahu dari seorang kawan yang aktif dalam trading.

harga emas 30 tahun

Cuba perhati harga emas 30 tahun (dari 1991 - 2021) kat atas.

Perhati anak panah unggu.

Waktu kemelesetan ekonomi 2007 - 2008, harga emas menembusi paras tertinggi, kemudian, terus menaik tak ingat dunia.

Cuba perhati pula anak panah hijau.

Anak panah hijau ini menunjukkan harga emas sekarang, sedang krisis ekonomi terbaru dan bertambah pula pandemik Covid-19.

Persoalannya sekarang, harga emas emas selepas krisis ekonomi 2020 akan mengikut jejak langkah sebelum ini atau tidak?

Apa yang saya faham,' history will repeat it self'.

Saya Bukanlah Pakar

Nak mengajar tentang emas, jauh sama sekali. Apatah lagi nak mengajar tentang analisa teknikal harga emas.

Cuma saya menulis ini atas dasar seorang penyimpan emas yang mula menabung emas sejak dari tahun 2011 lagi. Harga emas saya permulaan hanya sekitar RM120 per gram.

Apa yang boleh saya kongsikan, kalau korang merancang untuk jangka masa panjang dekat tenang dan selamat. Pilih emas!

Hafiz
Kulim, Kedah
22 Julai 2020
1 Zulhijjah 1441H

Artikel Berkaitan

>