HafizShafie.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

duit sesuai beli emas

Inilah Cara Saya Untuk Berjimat

February 13, 2020

By Mohamad Hafiz Shafie


0 shares
tabung simpanan

Saya dapat soalan dari seorang pembaca blog saya, tentang macam mana cara mudah untuk berjimat?

Soalan ni nampak ringkas, tapi saya rasa agak susah nak menjawab soalan ini.

Hakikatnya, saya dan isteri tidak juga begitu berjimat cermat ikat perut, cuma mungkin kami lebih kepada merancang duit gaji dengan teliti.

Rancang Duit Gaji

loan kereta dan loan rumah

Kunci utamanya ialah wajib rancang duit gaji. Setiap ringgit, setiap sen, asalkan dapat gaji, terus rancang kegunaannya.

Dalam duit gaji saya,

Ada bahagian untuk makan, transport, pakaian anak, groceries siap-siap. Duit-duit ni saya asing, dan masukkan dalam sampul setiap kali ambil duit gaji.

Part untuk memboros, kami dah bahagi siap-siap. 

Saya ada duit khas untuk beli apa yang saya nak. Isteri saya pun ada duit khas untuk dia beli apa yang dia nak.

Duit untuk memboros ni, saya tidak boleh masuk campur duit 'boros' isteri, dan isteri saya pun tak boleh masuk campur dengan duit 'boros' saya.

Cara Nak Pupuk Rasa Berjimat

Dealer Emas Public Gold

Nak berjimat mudah je.

Pertamanya, antara suami dan isteri mesti ada impian hidup. Apa impian korang 5 hingga 10tahun akan datang? Dan korang rancang macam mana untuk mencapai impian hidup korang dari sudut kewangan.

Selain tu, saya cadangkan untuk baca banyak buku-buku kewangan. Salah satunya ialah Buku Misi Bebas Hutang.

Apa yang saya perhati, kawan-kawan saya yang banyak hutang sebenarnya bukan sebab mereka gaji kecil, tapi mereka langsung tidak ada impian hidup, dan tidak pernah belajar tentang ilmu mengurus kewangan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
13 February 2020
16 Jamadil Akhir 1441H
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Mohamad Hafiz Shafie

Tentang Saya

Saya Hafiz, dealer Public Gold yang aktif sejak dari tahun 2016. Mentee kepada En Mohd Zulkifli, penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang. 


Selamat datang ke blog saya. Jika tuan perlukan bimbingan untuk menyimpan emas, boleh terus hubungi saya.

Dapatkan Bimbingan Sebagai Penyimpan Emas

>

PERHATIAN! - Saya kongsi ilmu cara memanfaatkan emas dalam kewangan. Join Telegram rasmi saya di SINI