jangan berkawan

Jangan Berkawan Dengan 5 Golongan Ini, Kalau Anda Mahu Bebas Hutang

jangan berkawan

Antara pengaruh paling besar terhadap kewangan kita ialah dengan orang yang macam mana kita berkawan rapat.

Kalau anda suka berkawan dengan kaki masjid, InsyaAllah tak lama anda pun turut sama pergi masjid.

Kalau anda suka berkawan dengan orang yang kuat makan, anda pun turut sekali kuat makan. HEHE

Sama juga dalam kewangan.

Guru kewangan saya, Chef Li menasihatkan agar tidak berkawan rapat dengan 5 golongan ini, kalau nak kewangan anda berada ditahap yang baik.

Jangan Berkawan Dengan 5 Golongan Ini

Golongan yang Chef Li maksudkan ialah :

#1 Orang yang suka berhutang

Korang ada tak kawan yang macam ni?

Asal tengah bulan saja berhutang. Asal belanja, lebih suka pakai kad kredit. Soal menyimpan, tak payah cakap. Jauh sama sekali.

Saja cuba-cuba buat personal loan. Nak buat duit poket katanya. 

Kalau korang ada kawan macam, lebih baik jauh kan. Dikhuatiri, tak lama anda juga akan berjangkit sekali.

#2 Bersembang dan omong kosong

Pendek cerita.

Asal minum-minum dengan orang macam ni, banyak menghabiskan masa korang dengan sembang yang sia-sia je.

Sikit-sikit cakap pasal 'awek' sana 'awek' sini, walau diri pun dah beranak pinak. HUHU.

Lain-lain lagi.

Asal cerita pasal kerja, bos semua tak betul. Kecuali dia sendiri yang jadi bos. Moga-moga saya dijauhkan dari bersikap begitu. InsyaAllah

#3 Boros berbelanja. Suka barang branded dan berlagak kaya

Asal barang. Mesti ada brand. Yang cap-cap ayam ni tak payah lah. Kalau korang beli, dia orang pertama perli. HEHE

Bahaya kalau berkawan yang macam ni. Saya syak nanti korang banyak habiskan duit sebab nak jaga mulut dan ikut gaya dia.

#4 Menyertai kelab/kumpulan yang diluar kemampuan kita. Misalnya kelab superbike.

"Eh. Ni hobi saya ni. Saya tak boleh, nak join jugak"

Bossku. Tak payah cakap pasal hobi kau. Orang laki, kalau bagi superbike, siapa tak suka wehh.

Nak join jugak takpa kalau sanggup menanggung peritnya tiada simpanan 5 hingga 10 tahun akan datang.

Bila dah berumur, anak dah besar, nanti korang akan tahu. Superbike tu tak membantu anak korang jadi lebih bijak HEHE

#5 Kaki kelab malam

Ini pun satu. Tak payah cakap dari segi kewangan. Dari segi Islam pun melarang.

Tak pernah lagi saya jumpa orang yang kaki kelab malam yang kaya raya!

Kesimpulan

Hati-hati dalam memilih kawan. 

Memang kawan banyak hilangkan stress sebab boleh bersama-sama tunaikan hobi kita.

Tapi, bila dah hutang keliling pinggang, anak bini tak boleh nak makan. Nak cari kawan-kawan yang tadi yang boleh bantu bayar hutang kita sangat mustahil.

Sekian. Semogar bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
13 Februari 2019
9 Jamadil Akhir 1440H

Artikel Berkaitan

>