harga emas menaik

Kenapa Harga Emas Naik Banyak Semalam (21 Julai 2020)?

[Klik Icon]. Dapatkan info terkini tentang emas dan kewangan.

harga emas menaik

Kenapa Harga Emas Menaik Semalam?

Setelah hampir seminggu harga emas GAP Public Gold bertahan di RM270/gram semalam, tepat jam 12tengah malam tadi, harga emas meningkat hingga RM274 per gram.

Fuhh. Ini mencecah harga emas tertinggi yang baru.

Dari Sisi Seorang Pakar Tentang Kenaikan Harga Emas

Saya bukanlah seorang pakar tentang emas, tapi saya menuntut ilmu dengan mentor emas nombor 1 Malaysia, Tuan Syukor Hashim.

 Ini ulasan beliau tentang faktor kenaikan harga emas semalam.

Ringkasan Dari Sisi Seorang Pakar

Apa yang saya boleh simpulkan bahawa kenaikan harga emas yang banyak semalam adalah disebabkan.

Punca 1

EU mula mencetak duit yang lebih banyak bagi membantu negara-negara yang terjejas teruk akibat Covid-19

Punca 2

Terdapat rumors bahawa US akan menambah pakej rangsangan ekonomi kepada 1Trillion USD, bagi pemulihan ekonomi akibat Covid-19 = (cetak duit lagi)

Akibat

Duit yang banyak = merangsang ekonomi, namun menyebabkan nilai duit merudum (inflasi)

Apa Tindakan Kita Sebagai Penyimpan Emas

Sebagai penyimpan emas tegar, saya sangat risau apabila tentang harga emas menaik, kerana ia umpama kita perlu membayar lebih banyak duit untuk mendapatkan jumlah emas yang sama dari sebelum ini.

Namun, mahu atau tidak, kita perlu terima hakikat ini bahawa, nilai duit akan menjadi kosong (nauzubillah) juga kelak nanti, hanya menunggu masa sahaja.

Tindakan 1

Walaupun harga emas diparas tertinggi setakat ini, untuk simpanan jangka masa panjang, simpan emas adalah tindakan lebih bijak.

Tindakan 2

Duit lebihan moratorium (jika pendapatan anda tidak terjejas), tukar kepada emas, jangan anggap duit moratorium itu bonus untuk anda semakin boros.

Tindakan 3

Fokus kepada pertambahan gram, insyaAllah kekayaan anda lebih selamat dari krisis bencana ekonomi.

Sekian, semoga bermanfaat. Tekan butang share supaya kawan-kawan anda juga turut mendapat manfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
22 Julai 2020
1 Zulhijjah 1441H

Artikel Berkaitan

>