Kenapa Simpan Emas

Kenapa Simpan Emas? Baca Pengalaman Wanita Ini

Kenapa simpan emas? penting ke simpan emas?

Apa kelebihan simpan emas? Ini adalah persoalan biasa bagi yang kita yang baru dengar orang ramai kalut-kalut simpan emas, terutama sejak bermula PKP 1.0 March 2020.

Malam ini, giliran sahabat dealer saya, Pn Emelia berkongsi pengalaman simpan emas sejak dari tahun 2014 bersama Public Gold.

Apabila sudah berumah tangga, sangat normal bagi kalangan kita, memikirkan masa depan. Terutamanya tentang, miliki rumah pertama, dan juga masa depan anak-anak kita.

Baiklah, ini saya kongsikan, sedikit ringkasan semasa G100 Seminar tadi, yang disampaikan oleh Pn Emelia.

Inilah 3 sebab kenapa mesti simpan emas :

1. Elak Penyakit Boros

Emas Kalis Boros

Pn Emelia, seorang wanita yang berkerjaya, bekerja di tengah ibukota iaitu Kuala Lumpur.

Pejabatnya pula, sangat dekat dengan pusat membeli belah One Utama KL.

Yang bahayanya, pejabatnya tidak mempunyai kantin, dan setiap harilah beliau terpaksa masuk ke One Utama KL, untuk makan tengah hari.

Haa. Apa masalahnya?

Biasalah kan, wanita bekerjaya. Masuk shopping mall, nampak sale sana dan sale sini. Duit ni lebih senang habis sebelum masuk ke tabung.

Jadi, suatu ketika.

Pn Emelia terdetik untuk mengoogle tentang tips menyimpan paling senang iaitu tukarkan simpanan kepada bentuk emas.

Fuhh. Kesannya sangat baik.

Dulu asyik boros saja di One Utama. Lepas kenal emas. Nak menabung itu lebih mudah.

Sedar tak sedar. Hasil simpanan emasnya mampu beliau melangsaikan hutang-hutang seperti PTPTN, kereta dan rumah.

2. Dana Pendidikan Anak-anak

Simpan Emas Untuk Yuran Pengajian Anak

Antara kelebihan simpan emas yang lain ialah, emas sangat sesuai untuk simpan untuk pendidikan anak-anak.

Hmm. Kenapa ye?

Baiklah. Simpanan untuk pendidikan anak-anak ialah simpanan jangka masa panjang. 

Yaa. Jangka panjang.

Mungkin simpanan ini akan dipakai untuk anak kita 20 tahun akan datang. Untuk anak-anak kita yang baru lahir sekarang, guna untuk yuran pengajian mereka nanti.

Simpan duit atau beli emas untuk anak lebih baik?

Sudah pasti beli emas! Perlu ingat, nilai duit RM10k sekarang, tidak akan sama dengan nilai duit RM10k 20 tahun akan datang.

Cara paling mudah untuk menabung emas untuk anak-anak ialah guna akaun emas fizikal GAP. Mungkin kalian boleh baca artikel ini sekejap lagi.

3. Kekalkan Nilai Simpanan Sedia Ada

1 Dinar Seekor Kambing

Pernah dengar tak kisah sahabat RasulAllah SAW yang membeli seekor kambing dengan 1 Dinar emas.

1 Dinar bersamaan 4.25gram emas.

Ini kisah yang berlaku lebih 1000 tahun lalu. 1 Dinar mampu membeli seekor kambing.

Dan.

Jika kita  memiliki 1 Dinar sekarang, kita juga masih mampu membeli hanya seekor kambing.

Bukan 10 ekor kambing.

Walaupun harga emas sudah meningkat beribu kali ganda dari dulu.

Ini menunjukkan.

Simpan emas ini kita boleh kekalkan kekayaan sehingga akhir zaman.

Ini saya kongsikan cara untuk beli dinar emas Public Gold

Siapa Dah Pernah Simpan Emas?

Haa. Siapa disini pernah simpan emas?

Boleh share sikit testimoni diruang komen? Apa tujuan kalian simpan emas?

Mungkin asbab perkongsian kalian. Orang lain mendapat inspirasi kewangan juga, sekali gus kalian mendapat pahala pasif. InsyaAllah

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
17 Mac 2021

Artikel Berkaitan

>