ejen Public Gold

Kepada Ejen Produk Kewangan, Bimbinglah Pelanggan Dengan Ilmu

ejen Public Gold

Kepada semua ejen produk kewangan.

Bimbinglah pelanggan-pelanggan anda dengan ilmu, bukan sekadar cari sale semata-mata.

Pagi tadi, saya menerima panggilan dari seorang bakal pembeli emas, sahabat FB saya.

Panjang kami bersembang.

Bersembang tentang cara beli emas Public Gold dengan lebih detail.

Kami buat perbandingan, cara mana yang lebih murah dan mudah. Apa hiden cost yang Public Gold kenakan.

Semua saya terangkan sampai hampir semua beliau faham dengan apa yang masih kurang jelas dalam fikiranya.

Saya explain A sampai Z.

Tiada apa-apa yang saya perlu berselindung, semua prosidur saya ceritakan.

Di akhir perbualan.

Saya puas hati dengan apa yang beliau faham, saya percaya beliau bukan calang-calang pelanggan. 

Beliau bukan sekadar mahu beli emas dan goyang kaki, tapi beliau nak pakej ilmu sekali.

Orang macam ni saya kategori pelanggan yang gred A.

Kisah Ejen Yang Paksa  Melabur

Ini yang terjadi kepada saya sendiri.

Seorang ejen unit trust. Datang ke pejabat saya. Kali pertama dia datang. Semua executive di kilang berjaya dia 'close'.

Kecuali saya. Sebab saya belum layak menggunakan duit EPF untuk join.

Kali kedua dia datang, dia paksa saya labur.

Dengan berat hati, saya ini langsung tiada ilmu tentang unit trust, saya turunkan juga sign. HUHU

Maaflah.

Saya ni orang yang tidak pandai menolak ajakan. Saya buat saja apa yang dia nak.

Dia suruh bagi jari, saya pun bagi je jari untuk ambil cap jari.

Fuhh, hebat sale person macam tu, betul-betu kental. Dan saya rasa dia antara top sale ejen, sebab dia dapat join trip ke USA katanya.

Tapi, kali kedua dia datang.

Saya larikan diri terus. HAHA. Saya buat-buat sibuk. Saya lari masuk kilang. Bila dia pulang, baru saya masuk office balik. HEHE

Saya mahu kan sedikit ilmu dulu sekurang-kurangnya, baru saya akan join dalam mana-mana pelaburan.

Maaf, kisah ni bukan saya salahkan 'Produk Unit Trust', cuma saya kurang berkenan dengan cara 'Ejen' yang macam tu.

Antara Ciri Ejen Yang Boleh Memberi Nasihat Yang Betul

Tips biasanya yang orang kongsikan ialah 'jujur' dan boleh bagi ilmu.

Ya betul.

Tapi, jujur tu subjektif. Benda yang kita tidak nampak.

Kalau saya, saya pilih ejen yang tiada masalah dari sudut kewangan. Bukan bermaksud tengok kereta apa yang ejen tu pakai je ye.

Caranya.

Tanya latar belakang dia. Berapa lama dia dah jadi ejen? Masih bekerja makan gaji ke tidak? Ada income lain dari jadi ejen?

Kalau dia cakap.

" Saya dan isteri ialah ejen Fulltime! Dah 3 tahun jadi ejen "

Fuhh. Ayat ini saya seram. Susah nak jumpa bisnes yang buat 3 tahun dan terus stabil ada income tidak putus-putus.

Kecuali dia cakap.

" Saya dah lebih 10 tahun jadi ejen, lepas 10 tahun saya resign dari makan gaji "

Saya lebih yakin dengan nasihat ejen yang macam ni.

Bila ejen sendiri ada masalah dari sudut kewangan.

Saya percaya, nasihat dari mulut beliau lebih kepada kepentingan poket beliau, bukan poket untuk menebal poket kita. 

Kelebihan Menjadi Ejen Yang Memberi Ilmu

Saya seorang penyimpan emas, dan saya juga seorang dealer Public Gold.

Saya jadi penyimpan emas dulu sejak dari tahun 2011, lepas berpuas hati menjadi penyimpan emas, tahun 2016 baru saya jadi dealer Public Gold.

Kalau kerja saya nak jual emas, memang penat dan sia-sia. Kalau saya fokus kepada 'kerja jual emas', tak sampai sebulan pun saya dah boleh give up.

Kerja saya ialah hanya berkongsi ilmu.

Apabila pelanggan faham tentang kebaikan simpan emas, mereka akan buat belian sendiri dengan Public Gold.

Saya hanya bimbing dan bantu mereka untuk menyimpan emas.

Dengan itu, saya mendapat sedikit profit sharing dari Public Gold.

Pelanggan berpuas hati dengan servis saya, saya mendapat income berterusan, selagi mereka membuat belian emas dengan Public Gold.

Saya bukan kejar sale. Saya ada income dari kerja seorang jurutera dan sedikit income menjadi pelabur hartanah.

Semoga bermanfaat.

Wallhuallam

Hafiz
Tawau, Sabah
27 Januari 2019
22 Jamadil Awal 1440H

Artikel Berkaitan

>