Kronologi Anak Muda Yang Ramai Jatuh Muflis

Kalau tengok isu rakyat Malaysia yang muflis sejak akhir-akhir ini, majoritinya ialah anak muda. Usia sekitar 25 hingga 40 tahun. 

Saya tak pernah dengar lagi pelajar umur 20an dah bankrap setakat ni.

Secara ringkasnya, semakin lama mereka berkerja, hidup mereka semakin miskin bukan bertambah kaya. Walau ikut logik, kita berkerja untuk dapat duit.

Kronologi Kewangan Anak Muda Hingga Jatuh Muflis

Apa yang saya perhati.
Kronologi kewangan mereka sebelum jatuh bankrap hampir sama.

FASA 1

Ketika umur 24 hingga 27 tahun.

Gaji sekitar RM2700

Ketika ini mula mendapat kerja

Gaji pertama dah sibuk buat loan untuk beli kereta. Beli kereta pulak beli yang paling mampu. Bukan beli ikut mana yang perlu.

Kemudian, travel sampai hujung dunia. 

Kalau pakai duit cash tiada masalah. Namun, kalau pakai kad kredit (berhutang). Ini masalah besar! Time membayar pulak, bayar yang paling minimum. 

Belum setahun kerja dah ada 2 loan. Inilah langkah pertama sebelum mereka jatuh muflis.

Apabila saya buat kira-kira, secara anggaran ni cashflow bulanan mereka, dengan saya anggap mereka dah berjimat cermat :

Hutang Kereta RM800

Hutang Kad Kredit RM200

Baki RM1700 untuk :

1. Makan minum RM300

2. Sewa bilik/rumah RM400

3. Petrol + Tol RM500

Cashflow = +RM500

FASA 2

Ketika Umur 27 hingga 30tahun

Gaji sekitar RM3600

Masa ni, masa nak tamatkan zaman bujang. Pasangan dah ada. Tapi duit pulak tak berapa nak ada. 

Apa lagi, pergi jumpa bank buat personal loan. Alhamdulillah, syukur. Dah ada modal kahwin RM20k, hasil dari 'baik hati' budi bank yang bagi pinjam.

Hanya disebabkan nak jadi raja sehari semasa hari perkahwinan, tambah lagi satu komitmen hutang baru.

Hutang FASA 1 RM1000

Hutang Kahwin RM600

Baki RM2000 untuk

1. Makan RM600

2. Sewa Rumah RM700

3. Petrol/Tol RM500

Cashflow +RM200

FASA 3

Umur 31 hingga 35 tahun

Gaji sekitar RM4600

Komitmen semakin bertambah.

Anak dah ada tiga. Hutang Travel, hutang kereta, hutang kahwin masih ada. Kereta dah semakin rasa tak sedap. Sikit-sikit rosak.

Apa lagi.

Sebaik sahaja hutang kereta lama dah habis, tukar kereta baru. Dah lama kerja kan. Mesti beli kereta lebih mahal dari dulukan? Hutang kereta bertambah dari RM800 kepada RM1300.

Dah lama hidup menyewa. Masa ni baru nak fikir beli rumah pulak. Buat pulak loan rumah. Tambah lagi komitmen hutang baru.

Hutang FASA 2 RM1600 jadi RM2100. 

Hutang Rumah RM1600

Baki RM900 untuk

1. Makan minum family

2. Kos Transport

3. Kos anak sekolah

Apabila dah capai umur 35. Masa ini baru menyesal tak ada simpanan. Ilmu kewangan pun tak ada.

Komitmen hutang meningkat, kos belanja bulanan pun bertambah disebabkan bertambah lagi cahaya mata.

Itu belum kira nak pergi bercuti ke oversea satu family sebab tengok kesian anak bini yang terperap dalam rumah je kan.

Nak tak nak. Kena berhutang untuk suap nasi untuk anak isteri. Akhir sekali, hidup dalam kesempitan wang, dan terpaksa diisytihar muflis

7 Pengajaran Dari Kronologi Orang Muflis

1. Belajar ilmu kewangan sejak masa belajar. Sekurang-kurangnya, kita sudah ada mindset yang betul tentang masa depan.

2. Mula menyimpan. Tangguh dulu kemahuan sekejap. Bukan terus ikut kemahuan. 

3. Kereta hanya untuk bergerak dari point A ke point B. Beli ikut keperluan diri, bukan ikut orang lain yang memandang.

4. Mampu berhutang dengan bank bukan bermaksud kita mampu dari segi kewangan.

5. Rancang perbelanjaan. Jika ada baki duit sebanyak RM500. RM500 sahaja perlu berbelanja. Jika belanja lebih, ia bermaksud anda berbelanja duit anda yang masa depan. Duit belum pasti ada, tapi sudah siap-siap anda belanja.

6. Gagasan berjimat cermat perlu dipromosikan kepada satu famili. Bukan nak kita kedekut, tapi kita nak sama-sama faham setakat mana kemapuan kita. Kalau dah jatuh muflis. Menangis pun dah tak guna.

7. Berusaha perbaiki kewangan. Banyak berdoa kepada Allah. Cari guru yang betul untuk mendapat nasihat tentang kewangan, bukan dengar nasihat kawan-kawan yang sama-sama boros dengan kita.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Kulim, Kedah
3 October 2019
3 Safar 1441H

Artikel Berkaitan

Solusi T20 Yang Tak Boleh Menabung

Dekat dalam kilang, dia lah antara orang nombor 1. Nak gunakan duit syarikat, kena lalu dia dulu. Pendek kata, kalau dia tak sign, bajet syarikat tak boleh keluar. Baru grad, terus beli kereta paling mampu. Kereta jenama H. Belum apa-apa, beli rumah dengan hutang maksimum. Walau nampak hidup “mewah”, kalau tengok gaji, kira golongan T20, tapi

Read More

Pempengaruh, kaya memberi kebaikan, atau ambil kesempatan?

Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu. Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir

Read More

Macam mana nak jadi kaya? Tanya seorang sahabat

Baru landing dari KL selepas leaders forum untuk December 2024, saya luangkan masa sekejap mengopi dengan rakan-rakan gym saya. Sad but true, kawan saya kehilangan RM1000 disebabkan oleh satu pelaburan yang beliau join. Hint : pernah jadi penaja pasukan Terengganu FC sebelum ni, tapi di tarik balik. Aduih. ” Patut tanya Hafiz dulu sebelum labur”. Dalam hati saya,

Read More

Pindah Duduk Kampung Atau Kekal di Bandar?

Bila kewangan dah cukup stabil, sebagai seorang dealer Public Gold, mereka ada banyak pilihan nak tinggal dekat mana,  samaada duduk kampung atau bandar.  Yang penting, ada access internet yang laju, dan senang untuk bergerak ke public transport, yang paling senang kalau dekat dengan airport. So, nak tinggal dekat mana?Kampung atau BandarSaya hari ni duduk di kampung. Tapi

Read More

Income CEO pun jadi kosong kerana

Gaji T20 atau income sebagai CEO bulan ni, bulan depan mungkin boleh jadi kosong. Itulah ciri-ciri gaji kita dari pendapatan aktif. Kita kena aktif, baru boleh jana income. Kita kena aktif, baru duit masuk dalam poket. Jadi, selagi mana ia bersifat aktif, banykkan tabungan, bersedia jika berlaku apa-apa musibah kepada kita. Bila kita sudah tidak mampu bekerja, ada pelbagai

Read More

Gaji Naik, Semakin Miskin atau Bertambah Kaya?

Menabung, kita simpan duit. Bekerja, melabur, berniaga adalah aktiviti kita yang menghasilkan duit masuk poket. Tapi kena ingat, melabur ada risiko. Berniaga pun ada risiko rugi dan lingkup. Malah, makan gaji, ada risiko kita tidak akan dibayar lagi pada bulan-bulan akan datang. Minggu ni, penjawat awam bersorak disebabkan oleh kenaikan gaji. Naiknya gaji, bermakna naik lah juga

Read More