Urus duit gaji

3 Langkah Praktikal Urus Duit Gaji Bagi Pasangan Muda Generasi Y

Tips-Urus-DuitGaji

 

Masa baru-baru dapat gaji dulu, segala perbelanjaan saya tulis dalam apps. Bukan sahaja duit belanja (duit keluar), duit yang masuk dalam akaun pun saya tulis. Tapi, last sekali sekadar tulis apa yg dibelanja je, baru je masuk minggu kedua saya dan isteri mesti tertunggu-tunggu gaji seterusnya, disebabkan duit poket dah tinggal saki baki (baca syiling)

Simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit. Macam ini tabung kami waktu mula-mula kerja dulu. Tak cukup duit untuk makan minum hujung bulan, simpanan 30% pada hari gaji, hujung bulan hanya tinggal 10%. Tinggal baki simpanan kepada 10% tu dah kira okey, silap-silap langsung simpanan tidak berbaki.

Jadi, lepas dah beberapa kali ‘try & error’ dalam mengurus duit gaji, supaya hujung bulan tak perlu menunggu gaji yang seterusnya, inilah saya rasa cara yang terbaik untuk kami suami isteri dalam mengurus duit gaji. Alhamdulillah, lepas follow langkah ni, kalau dulu baru 2 minggu gaji duit belanja dah kering, tapi sekarang tidak macam tu lagi.

 

Langkah Praktikal Kami Urus Duit Gaji

 

 

Langkah #1 – Teknik “Rekod”

 

Tips-Urus-Gaji
Ini antara contoh rekod perbelanjaan kami setiap kali duit keluar dan duit masuk

 

Ini contoh apa yang saya rekod guna app “Daily Money”, saya dah pakai apps ni sejak belajar dari univerisit lagi. Lebih selesa dengan apps yang ni. Banyak je app yang ada sekarang ni. Pilih ikut yang mana lebih selesa. Apa yang penting untuk step pertama ialah rekod!

Rekod je kat mana yang kita rasa lebih selesa. Nak guna buku, nak guna apps. Pentingnya rekod belanja bulanan bukan apa, senang nanti  nak susun balik bajet setiap bulan. Bagi saya, proces mengurus gaji ni bukan proses secara ‘one-off’, tapi ia memakan masa untuk penyesuaian.

Jadi, lepas dah rekod, mudah untuk kami suami isteri buat meeting bulanan, sebelum sentuh next duit gaji. HEHE

 

Langkah #2 – Teknik “Sorting”

 

Tips-Urus-Perbelanjaan
Kami bahagi setiap perbelanjaan ikut kategori, supaya senang untuk uruskan duit gaji nanti

 

Lepas amalkan ‘rekod’ semua tu dalam beberapa bulan, barulah kami dapat gambaran perbelanjaan keseluruhan kami untuk setiap bulan. Kalau dah amalkan rekod untuk beberapa bulan, mudah jer nak buat step yang kedua ni. Haa satu lagi, rekod tu bukan sekadar rekod belanja bulanan, untuk tahunan sekali mesti rekod, ini wajib!

Dua pengalaman saya dah cukup insaft bagi saya untuk urus duit gaji iaitu, bajet hari raya dan juga bajet untuk roadtax kereta. (“,). Jadi, kat atas ini antara contoh, apa yang kami senaraikan untuk listkan semua perbelanjaan ikut kategori.

Selepas dapat dua pengalaman tu, terus kami suami isteri buat ‘urgent meeting’. Apa yang kami belajar, buat bajet tak boleh tengok bulanan je, kena tengok terus untuk satu tahun, baru kita boleh mula prepare duit setiap bulan, untuk 12 bulan akan datang.

 

Langkah #3 – Teknik “Sampul Ajaib”

 

Tips-Urus-DuitGaji
Contoh sampul yang kami guna, untuk asingakn duit bajet bulanan

 

Okey, ni part yang saya rasa paling penting. Sekadar rekod sahaja, ikut pengalaman saya, kurang berkesan. Lepas rekod dan senarai, kena asingkan duit gaji tu siap-siap. Bukan apa, takot tersalah tempat duit tu di habiskan nanti. Jadi, apa yang kami buat sebaik sebelum sentuh duit gaji ialah, letak  dalam sampul terus semua belanja bulanan kami.

Sampul ni kami namakan “sampul ajaib”. Setiap apa kategori yang kami belanjakan, mesti ada satu sampul. Ajaibnya sampul ni kerana, ia boleh mengawal perbelanjaan kami dengan lebih efisyen! Antara contoh sampul yang kami ada ialah :

  1. Groceries
  2. Petrol
  3. Maintenance kereta (Perlu sediakan siap-siap walau kereta tidak rosak)
  4. Makanan Kucing (Kami ada la beberapa ekor kucing buat jaga rumah)
  5. Kesihatan (Pergi klinik atau beli vitamin)
  6. Pampers Anak

Semua jenis sampul tu boleh ikut keperluan keluarga masing-masing.

Kalau bajet ‘Groceries’ RM400 sebulan, isi RM100 dalam 4 sampul, setiap minggu guna 1 sampul.

Kalau bajet ‘ Raya’ RM240 setahun, isi RM20 setiap sampul setiap kali dapat gaji bulanan.

Kenapa kami buat macam ni? Sebab pernah masa awal-awal kerja dulu (kami kahwin sebelum dapat kerja lagi), kami sekadar kira berapa kos belanja bulanan kami secara total, dan asingkan duit tu ke akaun bank yang lain. Maksudnya, kami campur sekali duit belanja letak dalam satu tempat. Last sekali, hujung bulan bajet lari dan terpaksalah kami ‘makan meggi’ sambil menunggu gaji seterusnya lagi.

Dengan sampul ajaib ni, senang sikit kami nak monitor perbelanjaan bulanan. Andaikata duit petrol tu dah kurang, pandai-pandai la kan duduk rumah diam-diam. Andaikata duit groceries dah tak banyak, elakkan makan diluar, makan dirumah jimat kos. Jadi, ia lebih mudah untuk kami monitor.

Dan akhir sekali, ini juga golden tips.

Dalam urus duit “Sampul Ajaib” ni, saya bagi je 100% tugas tu kepada isteri. Dia lebih tahu apa keperluan semasa barangan rumah atau barangan dapur. Jadi, dia boleh plan apa perlu dibelanja mengikut apa yang ada dalam sampul tu. Orang lalaki biasanya kurang peka dengan keperluan rumah kan.

 

Kesimpulan

 

Secara kesimpulannya, apa yang lebih penting ialah disiplin kita dalam mengurus duit gaji. Jika pasangan baru suami isteri, perlu selalu bincangkan tentang pengurusan kewangan masa depan keluarga tu nanti. Setiap bulan, bila rasa ada terlebih belanja, sama-samalah suami isteri, duduk satu meja untuk buat “meeting bajet bulanan”.

Khas untuk pasangan muda, ekonomi keluarga masa baru-baru kahwin belum stabil tu ‘normal’, tapi kalau dah 5 6 tahun kahwin, simpanan langsung tidak ada, malah hutang pulak yang semakin banyak, perlu bawak jumpa Doktor Kewangan cepat-cepat sebulum ia mula merebak!

Saya menulis ni sekadar nak berkongsi, pengalaman saya sendiri, dalam mengurus duit gaji. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk sahabat-sahabat saya semua, tambah lagi untuk yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Jadi, bab duit perlu selalu buat meeting bajet dengan pasangan masing-masing. Bak kata Tuan Zaidi Ismail (seorang pakar dalam bedah kewangan ” Nak buat anak boleh duduk sekali, tapi bab duit kenapa bual hal sendiri-sendiri?” HAHA

 

Wallhuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
25 September 2017

Artikel ini diupdated pada 26 June 2018

Artikel Berkaitan

>