Saya sangat benci sekiranya pempengaruh sangat mengambil kesempatan terhadap pengikut mereka disebabkan oleh pengaruhnya. Bagi saya, ini adalah golongan yang tak jujur dengan ilmu.
Disaat saya menulis ni, saya baru terima saya jemputan oleh satu jenama sifu saham untuk ikuti kelasnya tentang emas. Saya baru nak cuba daftar, saya ingatkan ia percuma. Rupa-rupanya berbayar hingga hampir RM100.
Saya sangat hormati ilmunya tentang saham. Tetapi, mungkin disebabkan harga emas meningkat konsisten 10% setahun. Beliau cuba untuk ambil peluang ajar masyarakat tentang emas dengan bayaran.
Budaya Kami Dalam G100 Network
Dalam G100, kami tak akan sesekali buat duit dengan training. Tak akan buat duit dengan kelas. Kami ajar masyarakat kaya dengan emas, beli emas dengan cara yang betul. Dan masyarakat kaya asbab mereka belajar secara percuma dari kami.
Sama juga bagi dealer, kami tak akan baut duit dengan traning-training dealer. Yang menyampaikan sharing kepada dealer-dealer juga kena bayar untuk ikuti event latihan tersebut. Ini budaya kami dari dulu sampailah hari ni.
Kami tak akan buat duit dengan masyarakat yang naif dari sudut ilmu. Bila terima jemputan untuk kelas emas tersebut dengan orang yang tak proven lagi dalam emas, bagi saya, beliau ibarat ajar anak ketam berjalan lurus.
Mereka Nak Ubah Hidup Mereka
Yang join kelas kita, yang datang cari kita. Walaupun bayar, dia datang juga. Jauh dalam sudut hati mereka, mereka nak ubah hidup keluarga mereka. Meraka nak tahu, mereka nak belajar, mereka nak buat apa yang kita, dengan harapan mereka boleh kaya macam kita.
Tapi, apa kesan kalau kita tak buat apa yang kita ajar? Sudah pasti mereka tak dapat apa yang sebenar mereka nak tahu. Comfirm! Kita tak jujur dengan ilmu.
Tak kesian ke dengan orang sudah letak harapan kepada kita? Tapi kita ambil kesempatan terhadap mereka.
Siapa Nak Belajar Tentang Emas
Daripada bayar RM100 untuk ikuti kelas, lebih baik beli buku tentang emas yang harganya cuma RM25 sahaja. Baca buku lebih berkesan dari 2 jam mendengar secara online.
Nak belajar secara fizikal? Public Gold bersama G100 dah sediakan seminar kaya dengan emas secara percuma seluruh negara. Datang belajar dan jumpa mereka yang sudah proven succes berjaya terus. Itu lebih berkesan dari dengar sharing dari orang yang dari bidang lain, sharing pasal emas.

