Red flag seorang bakal suami

Red Flag Seorang Bakal Suami, Pilih Pasangan Yang Betul

"Lepas kahwin nanti, awak bayar rumah, saya bayar kereta,awak bayar bill elektrik, saya bayar bill telephon" - Tanda red fleg seorang lelaki...

Sebagai seorang lelaki, saya akan rasa loser kalau duit keperluan rumah dan anak-anak, isteri yang bayarkan.

Komitmen Kewangan Wanita Lepas Berkahwin

Wanita, bila dah berkahwin, sepatutnyua tidak ada apa-apa pertambahan komitment (dari sudut duit) selepas seorang wanita itu bergelar isteri.

Kalau sebelum kahwin, dia ada hutang keretanya sendiri. Lepas kahwin pun, maksimum hutang kereta sahaja dia ada. 

Wanitu tu tak wajib bayar hutang rumah, bil elektrik, bil air, duit pampers anak. Ini semua tanggungjawab lelaki yang perlu sediakan nafkah kepada keluarga. Wajib!

Wife saya sekarang memang dia bekerja sebagai Ejen Cukai dan Amil Zakat. Ehemm. Promot wife sikit. 

Tapi, duit gaji dia, saya haramkan untuk dia bayar keperluan rumah, keperluan keluarga. 9 tahun dah kami tinggal bersama, keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian keluarga, makan minum semua tu saya sebagai suami kena tunaikan.

Keperluan Keluarga, Dibahu Sang Suami 100%

Cuma kalau dia nak makan musang king dan makanan korea feverat dia tu setiap hari, dia bayar lah dulu sendiri. Haha. Itu bukan makanan wajib.

Dia bekerja sebab dia happy environment kerja dia sekarang. Ada kawan. Kalau dulu masa dia suri rumah, dia kawan dengan kucing dan anak sorang saja.

Jadi..Saya tak boleh nak terima bila ada yang  cakap, lepas kahwin, nak bagi-bagi komitment keluarga antara suami dan isteri. Suami perlu 100% ambil tanggungjawab ekonomi keluarga.

So, duit isteri yang bekerja, sepatutnya 100% bolehf okus kepada menabung. Nak mudah? 

Isteri menabung emas pun, bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri dia nak anak-anak juga kalau keluarga ditimpa musibah secara tiba-tiba.

Akhir kata,

Suami sejati tak kongsi beban ekonomi dengan isteri, kita yang perlu henyak kukuhkan ekonomi keluarga sendiri.

Hafiz
Kota Bharu
21 November 2023

Artikel Berkaitan

>