Macam mana dengan kewangan kita sekarang? Bahaya? Semakin kaya? Tak rasa apa-apa, boleh je hidup macam biasa.
Saya percaya, majoriti akan jawab dalam hati, tak rasa apa-apa. Sebab tak tahu pun macam mana nak ukur tahap kewangan kita.
Setiap tahun gaji semakin besar, kereta semakin besar, kita rasa kita semakin kaya. Walaupun dulu beli kereta sebab nak pergi kerja, sekarang dah rasa terpaksa kena kerja sebab nak bayar kereta.
Jadi, apa tanda kewangan kita semakin bahaya atau semakin baik?
Cashflow Negatif Setiap Bulan
Cash flow bulanan negatif. Apa maknanya? Jika gaji kita ialah RM3,000, tetapi perbelanjaan bulanan kita RM3,200. Setiap bulan kita berhutang sebanyak RM200.
Bersamaan -RM200/sebulan. Setahun dah -RM2400. Kalau 10 tahun? Dah -RM24,000.
Sebab tu masalah kewangan biasanya berlaku pada ketika umur 30an, apabila sudah 5-10 tahun bekerja. Setahun pertama kita bekerja, majoriti takda masalah kewangan.
Tidak Ada Simpanan
Tiada simpanan minimum walaupun 1 bulan pendapatan. Bermakna, cashflow kita adalah neutral.
Gaji RM3,000, tetapi perbelanjaan anda sebanyak RM3,000 juga. Setiap bulan kita tiada duit lebihan untuk simpanan.
Ibarat kerja kais sebulan makan sebulan.
Jadi bagaimana nak selesaikan kedua masalah kewangan tersebut?
Pastikan cashflow kita positive supaya kita boleh ada simpanan.
Caranya, kita mesti hidup di bawah kemampuan. Kalau hidup lebih dari apa yang kita mampu, kita akan berhutang, cash flow jadi negative.
Kalau kita hidup dengan kemampuan, kita tidak akan ada simpanan, cash flow neutral.
Untuk dapatkan cashflow positive, jika gaji sebanyak RM3,000, hidup cukup dengan RM2,700 sahaja. Baki gaji RM300 kita jadikan sebagai simpanan.
Kalau Susah Nak Menabung
Jika kita tidak berjaya menabung dalam bentuk duit, tukar kaedah tabungan ke dalam bentuk emas. Sebab duit dicipta untuk anda belanja, emas dicipta untuk anda simpan.
Dengan Public Gold, kita boleh membeli emas mengikut bajet anda melalui akaun emas GAP. Belian emas serendah RM100 membolehkan kita kumpul gram emas sehingga capai target size emas yang anda mahu.