3 Hutang Biasa Yang Menjerat Kewangan Graduan Baru

hutang kad kredit

Hutang yang menjerat kewangan?

Ya. Betul! Hutang ada yang hutang baik dan ada juga hutang jahat.

Tapi, hakikatnya. Bukan hutang yang menjadikan ia baik, atau jahat. Kita sendiri yang membentukkannya. (",)

Hutang baik atau dipanggil hutang positif antaranya ialah hutang seorang pelabur hartanah dengan bank.

Mereka bayar ansuran bulanan rumah, dan mereka dapat balik hasil sewaan.

Namun, itu hanya sebilangan kecil.

Hutang yang saya nak berkongsi harini ialah hutang jahat yang biasa merosakkan kewangan graduan baru.

#1 Hutang Kereta Import Paling Mampu

Saya pernah kongsikan pengiraan kos tahunan kalau korang pakai kereta import paling mampu.

Korang boleh rujuk balik posting saya dekat link bawah ni.

Ini pengiraan kos tahunan.

Macam mana pulak dengan susut nilai kereta selepas korang habis bayar nanti?

Dari harga asal RM80k, korang bayar full loan 7 tahun sebanyak RM90k (minimum). 

Bila dah 7 tahun, nak jual balik RM20k pun belum tentu laku!

Pakai kereta import baru memang seronok, untuk setahun dua yang pertama.

Masuk tahun ke-3.

Kereta keluaran terbaru tadi dah jadi kereta keluaran lama. Lepas tu, mula lah jeling-jeling kereta lain lagi.

#2 Hutang Peribadi Untuk Tambah Duit Poket Diri

Hutang kereta.

Lepas 7 tahun, kita nampak ada lah sebiji kereta, tapi kalau hutang peribadi, lepas habis bayar hutang korang dapat apa?

Hutang peribadi juga antara jerat kewangan graduan baru.

Ada juga sahabat saya, yang saja-saja nak ada hutang peribadi, sebab saja-saja nak reward diri pergi oversea lepas penat setahun bekerja.

Maklumlah, masa tu masih bujang.

Nak harapkan simpanan bulanan, memang tin kosong sajalah.

Bila dah kahwin baru-baru ini, nak belikan tiket flight untuk bini datang ke Sabah dekat tempat kami kerja pun terpaksa berhutang dengan kawan.

Kesian bininya.

Baru saja kahwin, dah disajikan dengan hutang famili.

#3 Hutang Kad Kredit Penuh Limit

Ini hutang paling bahaya.

Saya pun pakai kad kredit seawal kerja. Sebabnya, saya nak buat pinjaman perumahan.

Kadar cas kad kredit ialah 15% hingga 18% sangat lah tinggi. Untung simpan ASB atau TH paling hebat pun tak sampai 10%.

Contohnya.

Kalau korang lambat bayar RM100 untuk bulan ini, korang kena cas RM18. Fuhh, banyaknyaa. 

Dan saya pernah kena. Sebab terlupa bayar. Aduihh. Sakitnya hati rasa.

Lebih parah lagi.

Kalau korang pakai kad kredit, dan selalu buat bayaran paling minimum. 

Bayarnya memang minimum, tapi casnya kepada kita maximum.

Solusinya.

Kalau tiada keperluan pakai kad kredit. Ambil gunting, potong dua dan buang saja. Habis cerita.

Kesimpulan

Ini 3 hutang biasa yang merosakkan kewangan anak muda.

Hutang itu tidak salah. Yang salah ialah sikap penerima hutang itu, dalam menguruskan hutang.

Jadi, sebelum buat apa-apa hutang. Tolong buat kira-kira dulu. Tolong buat muhasabah diri dulu.

Adakah kita berhutang sebab memang benar-benar perlu? atau sekadar nak menunjuk kepada keluarga yang mengatakan kita sebenarnya 'mampu'?

Wallhuallam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
31 Januari 2019
25 Jamadil Awal 1440H

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *