Nak Simpan Emas, Tapi Modal Kurang

Jongkong emas Public Gold

Ada salah seorang pembaca blog saya menghubungi saya, nak sangat simpan emas tapi modal tak banyak.

Beliau bertanya lagi,

ada tak cara-cara atau teknik-teknik untuk keluarkan dari masalah hutang hasil dari belian emas?

Saya tahu, dia tak sesuai lagi beli emas.

Sebagai seorang dealer, beliau minta nasihat dari saya. Jika untuk kepentingan diri saya sendiri, saya suruh dia beli emas hasil duit pinjaman pribadi.

Tapi, demi kepentingan poket beliau dan famili, saya terangkan semula apa tujuan-tujuan simpanan emas.

#1 Simpanan Jangka Panjang

emas untuk orang berniaga

Emas sesuai dijadikan simpanan jangka masa panjang. Tempoh yang sesuai ialah lebih dari 5 tahun.

Kalau beli emas untuk mendapat keuntungan dalam jangka masa pendek, memang tidak sesuai. 

Risiko rugi lebih tinggi dari untung.

#2 Bayar Hutang Terlebih Dahulu

hutang kad kredit

Beli emas tiada keajaiban emas tu boleh beranak dan bertambah. Emas tiada pendapatan bulan-bulan.

Hutang pula akan dikenakan interest yang tinggi jika lambat untuk bayar.

Jadi, jika ada duit lebih, pastikan bayar hutang dulu sebelum beli emas.

3# Wujudkan Simpanan Kecemasan Terlebih Dahulu

Gandakan simpanan

Bagi yang belum ada simpanan kecemasan, pastikan ada simpanan kecemasan dulu minimum 3 bulan gaji sebelum beli emas.

Harga emas ada turun dan ada naik dalam jangka masa pendek. Namun, dalam jangka masa panjang confirm naik.

Jadi, jika perlu duit untuk kecemasan, anda tidak akan rugi untuk menjual emas tu semula ketika harga emas tu turun.

Namun, jika anda susah nak simpan duit akibat selalu terboros berbelanja, anda boleh cuba simpan duit dalam bentuk emas. 

Itu lebih baik dari langsung tiada simpanan.

Mulakan Modal Kecil Je Dulu

emas Public gold

Item emas yang wajib anda beli ikut cara GAP kalau nak murah

Bagi yang baru nak bermula, anda boleh je cuba simpan emas dengan modal serendah RM100 je dulu, dengan cara akaun emas fizikal GAP.

Simpan emas itu sebenarnya simpan duit juga.

Tujuan mula dengan modal kecil adalah untuk pendapat pengalaman sendiri simpan emas terlebih dahulu, sebelum betul-betul faham tentang emas.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
21 March 2019
14 Rejab 1440H
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *