alat kewangan

Tips Memilih Alat Kewangan

alat kewangan

Perkara paling penting sebelum memilih alat kewangan ialah, anda perlu tahu apa matlamat kewangan anda?

Kalau sekadar nak banyak duit je, itu tidak cukup. Ia mesti lebih mempunyai jumlah dan tempoh masa yang tepat. Contoh matlamat kewangan ialah:

Contoh Matlamat Kewangan


" Pada 1 January 2023, saya memiliki pasif income sebanyak RM5k sebulan, dan sebuah rumah idaman yang terletak di puncuk Gunung Kinabalu"

Inilah contoh matlamat kewangan saya, ia bersifat present tense, ada tarikh dan ada jumlah yang tepat, tapi yang di puncak Gunung Kinabalu tu dikira tak masuk akal lah kan. HAHA

Jadi, bermula dari matlamat kewangan inilah, anda boleh mula memilih alat kewangan mana yang mampu membawa anda mencapai matlamat tersebut.

Jika anda dari Sabah nak ke KL. Apa kenderaan yang sesuai untuk anda capai matlamat anda?


a. Beli kereta lumba yang berharga RM1juta?

b. Beli sebuah helikopter?

c. Beli tiker penerbangan Air Asia?

Inilah simulasi mudah untuk faham sebelum anda memilih alat kewangan. Memilih alat kewangan bukan sekadar ikut kawan-kawan.

Kawan beli rumah, anda beli rumah. Kawan simpan emas, anda simpan emas. Kawan labur dalam ASB, anda pun labur ASB.

Akhir sekali, anda sendiri tak pasti mana arah tuju anda selepas habiskan duit yang banyak dengan alat kewangan tersebut.

Buat Kira-kira Dengan Teliti

loan kereta dan loan rumah

Anda sudah tahu tentang matlamat kewangan anda dengan jelas, langkah kedua ialah anda perlu buat kira-kira dulu sebelum memilih mana-mana alat kewangan tersebut.

Sebegai contoh, matlamat kewangan anda ialah memiliki sumber pasif income sebanyak RM5k sebulan seperti  saya tulis di atas. 3 cadangan alat kewangan yang mentor saya syorkan ialah seperti berikut :

#AlatKewangan (1)


Memiliki duit RM1.2juta dalam Tabung Haji. Anggaran dividen ialah 5% setahun. Jadi, dividen tahunan ialah RM60,000 setahun bersamaan RM5k sebulan.

#AlatKewangan (2)


Memiliki 10 rumah sewa yang menghasilkan +RM500 cashflow sebulan.


#AlatKewangan (3)


Memiliki bisnes yang bersistem, yang menghasilkan pasif income RM5k sebulan.

Inilah contoh alat kewangan yang saya sendiri buat kira-kira sebelum saya memberi tumpuan 200% sebagai seorang dealer Public Gold sejak dari tahun 2016.

Untuk alat kewangan yang pertama, saya rasa cukup mustahil untuk saya mencapainya jika saya hanya fokus kepada bekerja makan gaji.

 Untuk alat kewangan yang kedua, ia tidak mustahil, dengan ilmu yang cukup, saya boleh beli 10biji rumah dalam masa 5 tahun dan mampu mencapai matlamat kewangan saya dengan mudah.

Berapa ramai dah orang yang saya kenal, telah lakukannya. Cuma usaha kena kuat dan mencari imu kena sentiasa teruskan.

Bisnes Ialah Cara Yang Paling Mudah Untuk Mencapai Alat Kewangan Saya

Orang lain saya tak pasti macam mana. Tapi, dalam keadaan saya sekarang, saya lebih fokus kepada alat kewangan yang ke 3.

Bukan saya tak menyimpan di Tabung Haji, dan tak membeli rumah, tapi fokus saya adalah lebih kepada bisnes Public Gold.

Nak tahu kenapa, boleh rujuk artikel saya yang sebelum ni tentang kelebihan menjadi seorang dealer Public Gold.

Alat kewangan dalam dunia sekarang ni sangatlah banyak, anda tak perlu tahu semua, anda tidak perlu pandai semua. Anda perlu tahu berdasarkan apa matlamat anda yang ingin capai sahaja!

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
28 Julai 2019
15 Zulkaedah 1440H

Artikel Berkaitan

>