Artikel kali ini saya nak kongsikan tentang cara menyimpan duit dengan bijak, dan sangat praktikal bagi kita sebagai rakyat marhean.
Mudahnya nak mulakan simpanan duit (dan emas), jika kita tahu tentang enam (6) komponen kewangan ini.
Apa kompenen tersebut? Teruskan membaca...
1. Pendapatan
2. Perbelanjaan
3. Simpanan/Perlindungan
4. Pelaburan
5. Persaraan (dengan tenang)
6. Pusaka
Baik lah,
Kesemua enam komponen kewangan ini saling berkaitan, dan saling memerlukan antara satu sama lain, menurut Tuan Zaidi Ismail, seorang yang pakar dalam kewangan.
Artikel ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan bagi pengurusan kewangan keluarga anda.
Ehh. Berkait macam mana?
Ingat tak?
Semasa kita sekolah dulu, cikgu ajar kita tentang tentang rantaian makanan.
Masih ingat?
Tentang ular makan katak, helang makan ular? Tingg... Tiba-tiba kalian ingat balik kan?
Okey baiklah.
Begitu juga dengan kewangan. 6 komposisi ini saling berkait. Macam juga sebuah ekosistem dalam hutan tadi.
Cara Menyimpan Duit : Faham Ekosistem Kewangan
Saya cuba terangkan satu per satu, bagaimana ekosistem kewangan pribadi kita sepatutnya berfungsi.
Baiklah,
Rujuk 6 Komponen yang diatas tadi :
No (2) - No (6) kita tidak dapat lakukan tanpa kita ada No (1) iaitu PENDAPATAN.
Maksudnya, untuk melengkapi ekosistem kewangan, perkara utama ialah kita perlu ada pendapatan.
Seperti kerja makan gaji.
Kalian ada pendapat? Ok lulus!
No (2) PEBELANJAAN tidak dapat distrukturkan tanpa adanya No (1) iaitu PENDAPATAN.
Secara mudah, untuk uruskan belanja 'duit keluar', mesti ada pendapatan ' duit masuk'.
Lulus? Ok. Terus kepada rataian seterusnya..
No (3) SIMPANAN/PERLINDUNGAN tidak dapat dilakukan tanpa penstrukturan No (2) PERBELANJAAN
No (4) PELABURAN tidak dapat dilakukan tanpa adanya No (3) SIMPANAN
Jangan, jangan, jangan cuba gatal nak melabur, selagi belum ada simpanan yang cukup!
No (5) PERSARAAN (dengan Tenang) sukar dilakukan tanpa ada perancangan No (4)
Tanpa pelaburan yang menjana pasif income yang cukup, kita agak sukar untuk bersara dengan tenang.
Eh. KWSP kan ada? Cukup ke? Hmm
No (6) PUSAKA tiada jika No (1) hingga No (5) tidak dilaksanakan dengan baik.
Jika kita tidak mengurus kewangan dengan, mustahil kita boleh wariskan harta kita kepada anak cucu nanti.
Faham? Semua saling berkaitkan?
Menurut Tuan Zaidi, untuk menyelesaikan masalah kewangan itu lebih mudah, dari menyelesaikan masalah diri.
Maksudnya? Semua dari kita boleh keluar dari masalah kewangan, jika berpegang kepada komponen kewangan yang betul.
Jadi, Emas Komponen Yang Mana?
Emas bertindak sebagai simpanan atau pelaburan jangka masa panjang.
Jika kita membeli emas dalam jumlah gram yang kecil, ia dalam komponen kewangang yang ke (3) iaitu SIMPANAN/PERLINDUNGAN
" Ohh, saya ingat emas tu untuk pelaburan bukan? "
Ya, betul.
Emas boleh dijadikan sebagai pelaburan mahupun simpanan.
Untuk jadikan ia sebagai pelaburan, kalian perlu membeli emas dengan jumlah yang besar seperti 100gram dan ke atas.
Saya ada menerangkan dalam artikel 3 posisi pembeli emas sebelum ini.
Jika kalian beli kurang dari 100g. Anggaplah ia sebagai simpanan je.
Simpan emas juga anda menyimpan duit, tetapi dalam bentuk yang lebih baik. Menyimpan emas juga salah satu cari menyimpan duit dengan lebih bijak.
Ramai yang saya jumpa,
Mereka lebih mudah meyimpan duit dalam bentuk emas, berbanding simpan duit dalam akaun bank.
Simpan dalam bank, selalunya simpan sikit-sikit, kemudian korek balik. Sekali korek, terus banyak pulak tu.
Eh. Macam kena atas diri sendiri kan?
Bagaimana dengan kalian? Ada pengalaman simpan emas mengubat sikap boros? Sila tinggalkan komen...
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat. Sila share!