Saya memang tengah mencari jalan terbaik tentang moratorium terbaru 2021 ini.
Saya tanya pendapat kawan saya seorang banker.
Saya rujuk pakar hartanah.
Saya juga rujuk ramai pakai kewangan.
Dan, ini saya ringkaskan sebagai rujukan semua.
Sebelum itu, apa itu moratorium?
Moratorium ialah pengecualian untuk bayar hutang seperti loan rumah, loan kereta loan pribadi.
Moratorium hanya untuk pembiayaan bank. Koperasi dan along tidak termasuk.
Moratorium 2021, Perlu Ambil Ke?
Ini adalah pandangan peribadi oleh Tuan Zaidi Ismail.
Bagi saya, beliau adalah orang paling tepat untuk saya buat rujukan tentang moratorium. Kerana bagi saya, beliau tidak mewakili mana-mana ejen pelaburan.
Untuk moratorium ini, Tuan Zaidi pecahkan kepada 3 senario.
Semua orang boleh apply moratorium, tetapi kesannya ialah bergantung kepada keadaan kita.
Tiga golongan tersebut ialah :
Terjejas Sumber Pendapatan
Bagi yang terjejas sumber pendapatan.
Sila ambil moratorium, tak kiralah intereset 100% sekalipun.
Untuk orang yang hilang pendapatan. Hilang pekerjaan. Tak mampu nak bayar langsung.
Daripada lansung tak bayar dan buat tak tahu.
Lebih baik kita tidak bayar secara halal iaitu ambil moratorium.
Apa-apa situasi yang menyebabkan kita tidak ada income, lebih baik ambil.
Kesan tak ambil moratorium, tetapi tidak bayar hutang ialah
Akan menyebabkan rekod ktia buruk dengan bank
Soal kena bayar intereset lebih tu kita fikir kemudian.
Tidak Terjejas Pendapatan, Tetapi Ada Hutang
Untuk senario kedua ini, lebih tricky.
Perlu ada kira-kira.
Senario kedua ialah bagi yang tidak terjejas sumber pendapatan.
Tuan Zaidi Ismail bahagikan kepada 2 kategori iaitu boleh bayar hutang tetapi hutang banyak dan tiada simpanan
Hutang Banyak
Walaupun tak pkp pun tak boleh menyimpan.
Lebih baik ambil moratorium
Tujuannya ialah untuk mengurangkan hutang tersebut.
Maksudnya, kena kira. Guna kalkulator.
Contoh, :
Kalau bayar hutang RM1k sebulan.
Duit simpanan moratorium, RM6k selama 6 bulan
Kemudian, semak baki hutang paling kecil yang ROI paling tinggi.
Cara kira ROI Return
ROI= [(Ansuran Bulanan x 12)/baki hutang ] x100 = X%
Kalau kira, ada satu hutang yang baki paling kecil, dan ROI paling tinggi.
Bayar dan buat principle reduction.
Contoh pengiraan.
Hutang 1, baki hutang RM20k. Bayaran sebelum ini RM600 sebulan.
RM20k - RM6k = RM14k
Setelah selesai bayaran, baki pinjaman RM14k (RM20k-RM6k)
Buat refinance RM14k, dan andaikata baki bayaran RM600 menjadi RM200.
Dia sepatutnya ada dua cash extra setiap bulan RM400 sebulan.
Duit tu, boleh guna untuk selesaikan hutang lain yang berbaki paling kecil. ROI paling tinggi
Kira guna formula yang sama.
Tiada Simpanan
Senario ini juga untuk orang yang tidak ada simpanan.
Jadi, ambil moratorium dan jadikan ia sebagai simpanan kecemasan.
Elakkan dulu dari sibuk nak melabur, terutamanya jika kita tidak ada ilmu dalam pelaburan tersebut.
Cukupkan dulu dana kecemasan.
Sebab kita tidak tahu kemarau Covid19 ini sampai bila.
Tidak Terjejas Pendapatan, Kurang Hutang
Untuk senario yang ke tiga ini.
Juga ada 2 kategori iaitu :
Tak terjejas. Hutang Tiada. Kalau ada sikit je
Bagi golongan ini, tak perlu ambil moratorium.
Bayar sahaja macam biasa. Itu lebih baik.
Tak terjejas. Ada duit simpanan. Tapi tiada harta.
Namun, untuk mereka yang tidak terjejas sumber pendapatan, ada duit simpanan tetapi tiada harta,kita digalakkan ambil moratorium.
Peringatan Tuan Zaidi,
Jangan jadi berkira sangat dengan duit kecil (intreset disebabkan moratorium), yang boleh buat harta lebih banyak.
Orang putih panggul "Penny wise, pound stupid"
Contoh
RM3k sebulan hutang.
Hasil Moratorium, dapat RM18k
RM3kx 6 = RM18k
Dengan RM18k boleh beli harta seperti saham, emas atau hartanah.
RM18k boleh buat macam-macam yang lebih berbaloi dari kita lepaskan peluang moratorium ini.
Syaratnya kena tahu apa yang kita buat.
Kesimpulan Dari Tuan Zaidi
Ini apa yang saya boleh ringkaskan dari pandangan seorang pakar dalam kewanganw tentang moratorium.
Tipsnya,
Ambil moratorium, survive sekarang.
Tak perlu fikirlah 30 tahun akan datang.
Ini 3 senario di atas adalah untuk kita boleh optimumkan moratorium.
Efektif atau tidak ia bergantung kepada matlamat kewangan kita.
Nasihat beliau, guna kalkulator. Buat kira-kira terlebih dahulu.
Secara detail tentang kira-kira tentang loan kita, lebih baik tanya bank.
Persediaan Pencen Sebelum Umur Pencen
Saya tak expert tentang hartanah, tetapi saya ada melabur hartanah.
Saya tak expert tentang saham, tetapi saya ada melabur dalam saham.
Namun, setakat pengalaman pribadi saya bebas kewangan, beli emas dan dapat percuma jadi dealer adalah jalan termudah dan termurah untuk capai matlamat kewangan saya iaitu pencen sebelum umur pencen.
ROI seorang dealer Public Gold yang betul-betul fokus berkongsi ilmu tentang emas kepada masyarakat lebih 100% setahun, jika ambil kira sebagai beli emas sebagai modal permulaan.
Saya pernah berkongsi peluang jana pendapatan RM5k sebulan dalam masa 18 bulan dari buat keputusan menjadi dealer Public Gold yang aktif.
Atau boleh rujuk FB Live saya sebelum ini untuk detail.
Anda juga boleh baca artikel saya tentang 7 kelebihan menjadi dealer Public Gold selapas ini.
Atau, jika anda ada bajet hanya sekitar RM100 sahaja, anda sangat rugi jika baru tahu, sebab inilah cara termudah untuk jana pendatan sebagai dealer Public Gold.
Sekian. Semoga bermanfaat.