Cara Menabung Duit

Cara Menabung Duit. 5 Sebab Kita Gagal Menabung Duit

Kita tidak faham cara menabung duit dengan betul.Ini antara faktor kenapa orang ramai gagal menabung. 

Kita memang tahu pentingnya menabung.

Walau sudah cuba pelbagai cara, tapi tabungan kita belum berhasil.

Kita simpan sikit-sikit, lama-lama tabungan kita pun masih sedikit.

Kalau kita simpan awal bulan, akhir bulan kita korek lagi.

Ada masalah macam ni tak?

Kalau jawapanya 'ya', teruskan membaca.

1. Sebab Nak Cepat Kaya

Cara Menabung, Terjerat Scammer

Mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya, tak sabar nak kaya.

Apa yang kita nak, hari ini melabur. Dan minggu depan atau bulan depan. Sudah nak dapat pulangan.

Kita tidak faham pun macam mana cara menabung duit dengan betul sebenarnya.

Biasasanya, kalau penyimpan emas yang dibawah bimbingan saya, bertanya kepada saya,

" Beli emas harini, bila boleh dapat untung? Berapa peratus boleh untung?"

Dari situ, saya dah tahu.

Mungkin dia telah terlibat dengan skim cepat kaya sebelum ini.

Jadi, apa yang saya boleh simpulkan, ramai yang tak boleh menabung.

Sebab ada sikap nak cepat kaya.

Dan hakikat hari ini.

Tidak ada pun orang yang untung dalam skim cepat kaya,dan  dia terus kekal kaya lebih dari 5 tahun.

Biasanya, bila dapat duit dari skim pun.

Tak lama lepas tu mereka jadi macam sebelum itu.

Iaitu kekal miskin, atau jatuh lingkup.

Bak kata Tuan Afyan, tersontot.

Sekarang ini, Public Gold ada cara mudah nak menabung emas dengan baca RM100 pun dah boleh mula.

Memang lambat kaya menabung RM100 sebulan. 

Tapi berbaloi!

2. Tidak Ada Matlamat, Faktor Mudah Gagal Menabung Duit

Matlamat Simpanan

Gunalah teknik apa sekali pun.

Boleh google cara menabung duit.

Banyak yang orang kongsikan.

Namun,

Kalau tak ada matlamat dalam menabung, akhirnya tabungan kita akan gagal.

Sebagai contoh,

Guna teknik tabung warna. Lepas dah cukup.

Masukkan duit dalam bank. Akhir sekali, duit tu habis begitu sahaja juga.

Sia-sia sahaja kumpul duit ikut warna.

Kalau kita nak berjaya dalam menabung.

Harini dah kena mula tanya diri, apa sebab kita menabung?

Andaikata tabung warna sudah cukup.

Cukup untuk digunakan sebagai mencapai matlamat kita.

Terus tukar.

Kalau rancang menabung untuk pergi umrah.

Bila dah cukup, terus booking untuk pergi umrah.

Jangan tunggu-tunggu lagi.

Kalau tak,

Tabungan itu mungkin jadi sofa, sport rim kereta atau mungkin kita pun tak ingat dah kemana habisnya tabungan kita

3. Tidak Meletakkan 'Menabung', Sebagai Keutamaan

Rancang Kewangan

Kebanyakan kita bila dapat gaji, kita dah rancang, apa nak guna duit gaji kita.

Nak belanja itu,

Nak belanja ini.

Nak simpan berapa? Tak pernah tanya.

Akhir sekali, senarai untuk tabungan kita letak paling last.

Maksudnya, tabungan itu bukan priority (keutamaan)

Kita fokus belanja dulu, ada lebih baru fikir untuk menabung.

Akhir sekali,

Tabungan kita tidak kemana.

Yang pergi, cuma kelaut dalam. =)

Jadi, bila dah capai matlamat tabungan, terus tukar kan kepada matlamat tersebut.

Sebagai contoh,

Rancang menabung untuk modal beli rumah sebanyak RM20k

Bila dah capai simpanan RM20k, terus gunakan untuk beli rumah.

Kalau tangguh, saya yakin.

RM20k itu akan hilang lesap begitu sahaja.

4. Budaya Yang Tidak Mendorong

kelebihan menjadi dealer Public Gold

Antara faktor lain kenapa kita gagal menabung ialah mungkin kita sendiri dilahirkan dalam keluarga yang bukan jadikan tabungan sebagai perkara penting.

Contoh,

Dari kecil kita tengok mak kita jenis boros berbelanja, suka berhutang, berbelanja pun selalu guna kad kredit, kemungkinan besar kita pun akan mewarisi sikap yang sama.

Kecuali.

Kita mula belajar.

Kita mula dari diri kita.

Kita mula ajak pasangan untuk menabung.

Mungkin inilah menjadi faktor perubahan budaya untuk menjadikan sikap kita berjaya dalam menabung.

Sikap bangsa kita pun salah satu faktornya

Contoh kalau bangsa saya,

"Buat apa menabung, kejar dunia"

"Buat apa menabung, bukan boleh masuk kubur"

Jadi,

Akhir sekali, kita tak kaya kaya.

Tengok orang kaya, kau cakap orang kaya menipu pulak.

Bila orang ajak menabung, kau cakap duit tak masuk kubur. Opss


5. Tidak Ada Ilmu, Tidak Ada Guru

Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

Ini antara punca orang gagal menabung juga.

Iaitu tidak ada ilmu, tidak ada guru.

Tidak ada ilmu boleh belajar, tidak ada guru, boleh cari.

Tetapi, kalau tak nak cari ilmu.

Tak nak cari guru, ini kita dipanggil sebagai bodoh sombong

Opss, mungkin ayat ini nampak kasar.

Tapi, ini realiti punca kenapa kita gagal menabung.

Kalau nak dapatkan ilmu, 

Saya cadangkan baca buku dari mentor saya ini.

Boleh beli je terus di galeri ilmu.

Saya jamin, sangat berbaloi!

Kalau suka tengok video,

Boleh laya Youtube saya juga. 

Klik je video di atas. Percuma je.

Semoga bermanfaat.

Hafiz
Kota Bharu, Kelantan
26 July 2021

Artikel Berkaitan

>