Beza Pengiraan Loan Rumah dan Loan Kereta

loan kereta dan loan rumah

Apa beza loan rumah dan loan kereta?

Kalau bayar lebih untuk loan kereta macam bayar rumah, dapat kurangkan jumlah bayaran?

Ini 2 persoalan yang saya terima selepas saya share artikel 9 Cara Langsaikan Hutang Rumah Kurang Dari 5 Tahun.

Atau boleh terus rujuk posting asal di Facebook personal saya dekat bawah ni.

Selepas mendapat persoalan tersebut.

 Saya terus menggunakan kepakaran saya dalam meng'google' untuk tahu lebih lanjut.

Jenis Loan : Reducing Balance dan Flat Rate

Bagi pinjaman untuk benda yang boleh dicagar (aset fizikal seperti rumah), bank akan menggunakan reducing balance interest.

Manakala. 

Bagi pinjaman seperti kereta, bank akan menggunakan flat rate.

Apa bezanya dua jenis pinjaman ini?

Reducing Balance : Interest dikira berdasarkan baki principal yang tinggal secara bulanan.

Flat Rate : Interest berkadar tetap. Ia dikira dari jumlah asal pinjaman.

Beza Pengiraan Interest

Kita ambil contoh. Untuk memudahkan korang faham. Saya ambil contoh jumlah pinjaman yang sama.

Beli rumah berharga RM100,000 dan beli kereta RM100,000. 

Saya gunakan Calculator.Com.My untuk meringkaskan pengiraan.

Jumlah : RM100,000

Interest : 4% setahun

Tempoh: 10 tahun

loan rumah

Untuk tengok pengiraan penuh loan rumah, terus ke link pengiraan loan rumah

loan kereta

Untuk tengok pengiraan penuh loan kereta, terus ke link pengiraan loan kereta.

Kesimpulan

Secara ringkasnya.

Untuk loan kereta. Jika interest 4% setahun. Bermakna, 10tahun ialah sebanyak 40%.

Kalau korang loan RM100k dengan bank. RM40k korang sedekah dekat bank dalam masa 10tahun. 

Fuhh. Banyak tu.

Tambahan lagi, loan kereta korang tak perlu bayar lebih untuk kurangkan jumlah bayaran macam loan rumah. 

Sebab, loan kereta flat rate, tidak memberi kesan apa-apa walau principal sudah berkurang.

Wallhuallam. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
6 Februari 2019
1 Jamadil Akhir 1440H

Kredit Foto: Stocksnap
Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *