5 Intipati Dari Seminar Emas Alaf Baru

Seminar emas alaf baru sebenarnya dah lama, tapi Alhamdulilah, saya masih simpan nota-nota tentang Seminar Emas Alaf Baru yang dianjurkan oleh Public Gold.

Seminar tersebut disampaikan oleh Dato Dr Mohd Daud Bakar, yang merupakan penasihat shariah BNM dan Public Gold.

Antara intipati penting dalam seminar tersebut, yang saya orang ramai perlu tahu ialah :

#1 Emas Ialah Aset Yang Tiada Hak Milik Sesebuah Negara

Emas tidak ada hak milik bagi sesebuah negara. Anda boleh beli emas dari benua Afrika, dan anda boleh gunakan emas tersebut di benua Asia.

Ia tetap laku dimana-mana. Anda tidak perlu membuat pertukaran dari emas Afrika kepada emas Asia untuk anda cairkan di Asia.

#2 Aset Paling Cair Ialah Wang Kertas

Wang kertas ialah aset yang paling mudah dicairkan. Kita boleh gunakan wang kertas serta merta tanpa perlu ditukarkan kepada aset lain.

Tak masa macam hartanah atau rumah, anda tidak boleh gunakan rumah untuk dapatkan keperluan harian dengan segera.

Anda perlu tukarkan dahulu kepada wang kertas untuk dijadikan sebagai alat pertukaran untuk dapatkan keperluan asasi.

#3 Emas Ialah Aset Yang Paling Mudah Dicairkan Selepas Wang Kertas

Emas sangat mudah dicairkan. Anda boleh pergi kemana-mana Ar Rahnu, untuk gadai emas tersebut, dan dapatkan wang segera untuk membeli keperluan.

Anda boleh bawak emas dari Malaysia untuk ke luar negara, dan tukarkan emas kepada wang kertas untuk menampung keperluan disana.

Sangat mudah!

#4 Emas Ialah Aset Paling Tidak Terjejas Apabila Bencana Ekonomi

Emas kalis inflasi. Emas tak 'lut' ditusuk oleh bencana ekonomi. Walau ringgit jatuh menjunama, nilai emas tidak akan terjejas.

Sebagai contoh di Zimbabwe, nilai wang kertas satu beg dah tak mampu untuk membeli barang keperluan disana.

Harga 3 biji telur je dah cecah trilion Zimbabwe dolar. Ia tidak akan berlaku jika mereka menyimpan emas.

#5 Emas Sebagai Medium Simpanan, Bukan Pelaburan

Beli emas, fokus kepada simpanan. Bukan kepada pelaburan.

Lebih banyak lagi instrumen kewangan yang lain, yang boleh memberi pulangan yang tinggi dalam pelaburan.

Namun begitu, belilah emas sebagai medium untuk menyimpan nilai. Nilai emas sudah terbukti bertahan walau 1400 tahun lamannya.

Seperti kisah Rasullulah yang memuji sahabat dalam berniaga seekor kambing dengan berharga 1 Dinar emas.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Airport Tawau, Sabah
4 Jun 2019
30 Ramadhan 1440H

Artikel Berkaitan

Jangan Beli Goldbar Dinar Di Kedai Emas

Jangan beli goldbar atau dinar di kedai emas. Kenapa?  Bukan sebab saya dealer Public Gold. Tapi kalau kalian tak nak rugi, boleh baca artikel yang saya share ni sampai habis. Saya pernah ternampak satu posting di facebook tentang beli emas dari tahun 2018 masih tak untung-untung. Dan pemilik facebook tersebut claim semua ejen emas adalah scam,

Read More

Keuntungan Menabung Emas Selain Jual Waktu Harga Tinggi

Emas tak sama dengan alat kewangan lain. Selain emas, majoritynya instrumen pelaburan lain ialah fokus kepada “buy low sell high”.  Beli waktu harga murah, jual waktu harga  tengah mahal. Itu cuma salah satu keuntungan dalam emas.  Tapi, majority penyimpan emas bertambah kaya bukan sebab “buy low sell high”, tapi atas 2 sebab berikut :(1) Rasa Seronok

Read More

Tips Bagi Penyimpan Emas Yang Baru

Ini tips khas bagi seorang penyimpan emas baru. Ramai yang bertanya, lepas beli emas, apa perlu buat? Baiklah. Sebelum tu. Saya ucapkan tahniah kerana anda menjadi penyimpan emas dibawah bimbingan saya, atau dibawah G100 Network secara umumnya. Bagi penyimpan emas yang baru, ada 5 tips penting yang guru emas saya kongsikan untuk :(1) Dapatkan Buku Asas Tentang EmasDalam

Read More

Simpan Emas Dengan Ilmu! Ini Pesan Guru Saya

Simpan emas tanpa ilmu, kita untung. Simpan emas dengan ilmu, kita berkali ganda lebih untung. Kenapa? Opss. Kejap. Jika anda berniat untuk memanfaatkan emas dalam menambahbaik kedudukan kewangan, anda sudah berada di tempat yang betul. Teruskan membaca.Ilmu ini disampaikan oleh mahaguru emas saya ketika FB Livenya semalam (3 April 2021), yang mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam dunia

Read More

Pengalaman Simpan Emas oleh Seorang Guru di Sarawak

Seperti biasa, setiap Rabu jam 9pm, akan diadakan G100 seminar. Untuk minggu pertama March 2021, sahaba saya, Cikgu Steven dari Miri Sarawak buat perkongsian.  Boleh ulang siar perkongsian pengalaman Cikgu Steven tadi di link dibawahBagaimana Beliau BermulaTahun pertama bekerja merupakan tahun ‘gelap’ bagi Cikgu Steven, bukan gelap sebab tiada lampu, tetapi akaun bank yang gelap. Walaupun masih bujang.

Read More

Pengalaman Mahaguru Emas Dengan Emas

Siapa dah menonton FB Live Tuan Syukor Hashim semalam? Kalau tak sempat tengok, boleh tengok disini, namu saya ada ringkaskan dalam artikel saya kali ini. Sebelum tu, Bagi yang belum mengenali Tuan Syukor Hashim, beliau adalah dealer yang pertama dalam Public Gold sejak dari tahun 2008. Beliau mengajar ilmu emas yang betul, tepat dan selamat sejak dari 13

Read More