HafizShafie.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

ansuran epp public gold

5 Intipati Dari Seminar Emas Alaf Baru

June 4, 2019

By Mohamad Hafiz Shafie


0 shares
emas ubat penyakit boros

Seminar emas alaf baru sebenarnya dah lama, tapi Alhamdulilah, saya masih simpan nota-nota tentang Seminar Emas Alaf Baru yang dianjurkan oleh Public Gold.

Seminar tersebut disampaikan oleh Dato Dr Mohd Daud Bakar, yang merupakan penasihat shariah BNM dan Public Gold.

Antara intipati penting dalam seminar tersebut, yang saya orang ramai perlu tahu ialah :

#1 Emas Ialah Aset Yang Tiada Hak Milik Sesebuah Negara

gold premium ialah transportation cost

Emas tidak ada hak milik bagi sesebuah negara. Anda boleh beli emas dari benua Afrika, dan anda boleh gunakan emas tersebut di benua Asia.

Ia tetap laku dimana-mana. Anda tidak perlu membuat pertukaran dari emas Afrika kepada emas Asia untuk anda cairkan di Asia.

#2 Aset Paling Cair Ialah Wang Kertas

tabung warna

Wang kertas ialah aset yang paling mudah dicairkan. Kita boleh gunakan wang kertas serta merta tanpa perlu ditukarkan kepada aset lain.

Tak masa macam hartanah atau rumah, anda tidak boleh gunakan rumah untuk dapatkan keperluan harian dengan segera.

Anda perlu tukarkan dahulu kepada wang kertas untuk dijadikan sebagai alat pertukaran untuk dapatkan keperluan asasi.

#3 Emas Ialah Aset Yang Paling Mudah Dicairkan Selepas Wang Kertas

cara gadai emas

Emas sangat mudah dicairkan. Anda boleh pergi kemana-mana Ar Rahnu, untuk gadai emas tersebut, dan dapatkan wang segera untuk membeli keperluan.

Anda boleh bawak emas dari Malaysia untuk ke luar negara, dan tukarkan emas kepada wang kertas untuk menampung keperluan disana.

Sangat mudah!

#4 Emas Ialah Aset Paling Tidak Terjejas Apabila Bencana Ekonomi

Emas pelindung kekayaan

Emas kalis inflasi. Emas tak 'lut' ditusuk oleh bencana ekonomi. Walau ringgit jatuh menjunama, nilai emas tidak akan terjejas.

Sebagai contoh di Zimbabwe, nilai wang kertas satu beg dah tak mampu untuk membeli barang keperluan disana.

Harga 3 biji telur je dah cecah trilion Zimbabwe dolar. Ia tidak akan berlaku jika mereka menyimpan emas.

#5 Emas Sebagai Medium Simpanan, Bukan Pelaburan

tabung simpanan

Beli emas, fokus kepada simpanan. Bukan kepada pelaburan.

Lebih banyak lagi instrumen kewangan yang lain, yang boleh memberi pulangan yang tinggi dalam pelaburan.

Namun begitu, belilah emas sebagai medium untuk menyimpan nilai. Nilai emas sudah terbukti bertahan walau 1400 tahun lamannya.

Seperti kisah Rasullulah yang memuji sahabat dalam berniaga seekor kambing dengan berharga 1 Dinar emas.

Sekian. Semoga Bermanfaat.

Hafiz
Airport Tawau, Sabah
4 Jun 2019
30 Ramadhan 1440H
{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Mohamad Hafiz Shafie

Tentang Saya

Saya Hafiz, dealer Public Gold yang aktif sejak dari tahun 2016. Mentee kepada En Mohd Zulkifli, penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang. 


Selamat datang ke blog saya. Jika tuan perlukan bimbingan untuk menyimpan emas, boleh terus hubungi saya.

Dapatkan Bimbingan Sebagai Penyimpan Emas

>

PERHATIAN! - Saya kongsi ilmu cara memanfaatkan emas dalam kewangan. Join Telegram rasmi saya di SINI