Cara kira harga emas pun ada?
Ya. Memang ada. Tapi, saya yakin. Ini yang ramai tak pernah ambil tahu.
Untuk melihat harga emas semasa Public Gold, rujuk di website rasmi Public Gold
Untuk membuat perbandingan harga emas, rujuk artikel saya tentang perbandingan syarikat emas.
Ilmu ni saya belajar dari mahaguru emas Malaysia, En Syukor Hashim. Beliau orang yang masih ber'cakap' tentang emas sejak dari 2005 sehingga sekarang!
Ilmu ini sangat penting jika anda mahu beli emas untuk tujuan pelaburan dan juga simpanan.
Ilmu ini tidak begitu penting jika anda tak kesah tentang harga emas, anda beli emas untuk kecantikan.
Istilah Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Kira-kira
(1) Harga Jualan Emas
Harga jualan emas ialah jumlah harga yang kita bayar untuk mendapatkan emas yang kita nak itu.
Jika anda pembeli emas Public Gold, boleh terus ke link www.publicgold.com.my untuk tahu harga semasa Public Gold.
Untuk menerangkan lebih detail tentang 'cara membaca harga emas Public Gold', saay akan terangkan dalam artikel yang lain.
Jika anda beli emas di kedai emas.
Jangan tengok sahaja harga yagn dipapar di depan kedai emas, tanya sekali taukey kedai berapa jumlah harganya sekali, termasuk upah dan lain-lain kos tersembunyi.
(2) Harga Emas Dunia (Spot Gold)
Harga emas dunia atau biasanya orang panggil spot gold.
Ialah harga mentah dunia. Harga ini sama sahaja satu dunia, bukan bergantung kepada syarikat-syarikat emas tertentu.
Macam nilai pertukaran matawang lah.
Kalau tengok dekat pakcik google, pertukaran USD to MYR sekarang ialah RM4.12. Tapi, cuba pergi di money changer, mesti tak dapat harga yang sama.
Sebab money changer pun ada kos operasi. Sama juga macam emas.
Ada dua tempat yang biasanya saya buat rujukan untuk tengok harga emas iaitu :
i) www.kitco.com
ii) www.goldprice.org
Ataupun, korang boleh terus buka website Public Gold, dekat sebelah tu ada link terus ke spot gold price.
Premium Over Spot (POS)
Aduhh, benda apa lagi ni? HEHE
Baiklah, POS ialah parameter untuk anda tahu, samaada harga emas yang and beli ini berbaloi dibeli atau tidak.
JIka POS < 5% maksudnya ia sangat berbaloi untuk beli.
JIka POS < 10% maksudnya ia berbaloi untuk beli.
JIka POS > 10% maksudnya ia tak berbaloi untuk beli.
JOM KITA KIRA SAMA-SAMA. BERAPA % 'POS' EMAS YANG ANDA NAK BELI SEKEJAP LAGI. HEHE
Anda boleh keluarkan pen, kertas dan kalkulator dulu. Dan anda terus cek harga emas untuk Spot Gold Price di www.goldprice.org

Spot gold price RM172.77/gram
Contoh (1) Jongkong Emas Public Gold 10gram
Contoh (2) Jongkong Emas Public Gold 1 gram RETAIL PRICE RM250
Contoh (3) Beli Emas 1gram Guna GAP
Kesimpulannya.
Sebelum beli mana-mana emas untuk simpanan jangka masa panjang. Buat kira-kira dulu!
Semoga bermanfaat
Wallhuallam
minta tolong sikit tuan, macam mana nak tahu premium kos tu? bagaimana boleh dapat jumlah tu? dan apa maksud “premium-tiada selagi belum dikeluarkan”?
Waalaikumusslam En Shahrul,
Premium cost bagi syarikat Public Gold ialah kos penghantaran emas dari Turkey (tempat emas Public Gold di cetak) ke branch Public Gold seluruh Malaysia. Kalau En Shahrul nak tahu berapa premium cost untuk emas Public Gold boleh rujuk di link ini —-> https://www.publicgold.com.my/images/marketing/mobilebanner/Products%20premium%20msia.jpg
Untuk “premium – tiada selagi belum dikeluarkan ” tu maksudnya untuk kaedah pembelian emas cara akaun emas fizikal GAP sahaja, belian biasa kita kena bayar terus premium mengikut apa yagn ada dalam invoice. Untuk akaun emas fizikal GAP, masa nak keluarkan emas baru kita kena bayar premium. Untuk tahu lebih lanjut berkaitan akaun emas fizikal GAP boleh terus ke link ini —> http://www.hafizshafie.com/public-gold-gap/
Jika En Shahrul ada apa-apa persoalan lagi, boleh terus wassap saya di +6014 500 5090 untuk mendapat respond segera. Terima Kasih
salam, saya ingin bertanya,harga dekat spot gold price tu jenis emas apa? 999.9 ke or 916?
Waalaikumussalam Shu,
Emas dekat spot gold tu emas 999.
Nak tak join program saudagar emas
Program ape tu ye Cikpuan Norliah?
As salam tuan, mai sini, nak tanya bhgn Premium tu mcm mana nak tahu.. Dan penambahan premium rm 15 tu utk apa. Tq
Wslm Cikpuan Maizatul,
Kalau emas Public Gold, ada kos gold premium. Kos gold premium tu kos untuk transport emas Public Gold dari kilang ke HQ atau ke branch Public Gold seluruh Malaysia.
Untuk faham lanjut tentang gold premium, boleh rujuk artikel saya yang ini.
http://www.hafizshafie.com/gold-premium-public-gold/
Semoga bermanfaat. Kalau ada apa-apa persoalan lagi tentang emas, boleh juga terus hubungi saya di 60145005090