Mudah ke nak bebas hutang?
Nak bebas hutang dari segi matematik memang mudah, cuma nak laksanakan itu agak susah.
Nak bebas hutang perlu ada keazaman yang tinggi. Pekakkan telinga dari pengaruh luar, InsyaAllah boleh bebas hutang.
Pagi ni, sebelum aku masuk office, aku share dulu 6 langkah untuk bebas, yang korang boleh buat sekarang!
Langkah ini dari hasil pembacaan aku dari buku "Wang Ada Di Mana" yang ditulis oleh Dr Azizul Azli Ahmad.
#1 Letak Matlamat Kewangan
Ini kesilapan biasa.
Orang kebanyakan takut untuk letak matlamat dalam kewangan. Walaupun, letak matlamat hanyalah percuma.
#2 Hidup Dibawah Kemapuan, Bukan Ikut Kemampuan
Jujur pada diri.
Jika korang bergaji, RM3,000. Berbelanja macam orang bergaji RM2000.
Jangan bergaya macam orang gaji RM4000. Korang tidak boleh berbohong dengan diri sendiri.
Tapi, diri sendiri tahu semua rahsia hutang-hutang kita sendiri.
#3 Semak Aset Yang Kita Miliki. Guna Simpanan Untuk Langsaikan Hutang
Kalau korang ada simpanan tabung haji RM15k, dan korang juga ada hutang kad kredit RM5k.
Lunaskan hutang kad kredit dulu.
Kad kredit kalau tidak dibayar, lama kelamaan makin tinggi menjulang macam juga lalang. (",)
#4 Belajar Berkata Tidak Pada Tawaran Yang Mengkempiskan Poket Kita
Kalau di tempat aku kerja. SD Plantation.
Setiap kali dapat bonus, sampai saja email dari syarikat SD Motor. Syarikat 'adik beradik'.
Email tu katanya sekarang harga kereta tengah discount, special untuk kami yang bekerja di SD Plantation.
Tolonglah. Cakap tidak saje. Usah terpengaruh nak upgrade kereta disebabkan ada promosi sana sini.
#5 Belajar Berasa Cukup
Ciptakan rasa nikmat dengan apa yang ada sekarang.
Masalah biasa ramai orang.
Masa belajar, naik motor dan cukup selesa. Sebab ramai kawan-kawan naik bas saja dari kolej ke kelas.
Bila dah kerja.
Naik motor dah jadi tak selamat. Naik Honda untuk lebih selamat. Begitulah seterusnya.
Gaji bertambah. Hutang pun turut bertambah sama-sama gaji.
Sampai ke sudah tak dapat nak menyimpan.
#6 Tingkatkan Pendapatan. Cari Income Kedua
Cari income kedua.
Tak perlu guna modal pun banyak untuk cari income kedua.
Macam aku. Aku simpan emas. Aku suka simpan emas. Aku ajak orang lain simpan emas.
Orang lain nak beli emas. Pergi cari Public Gold, aku hanya tolong ajar saja cara mudah untuk mereka nak beli.
Ini keistimewaan jadi dealer Public Gold kalau korang nak tahu.
Dari situ,
Aku ada income ke dua, tanpa perlukan modal tambahan.
Wallhuallam.
Semoga bermanfaat.