7 Penawar Mengatasi Poket Kering

cara atasi poket kempisTajuk Buku : The Richest Man In Babylon

Penulis : Georges Clason

Riviu Buku:

Buku ni membuka mata saya tentang konsep kekayaan yang betul. Konsep kekayaan yang sebenar tidak berubah dari zaman Babylon lagi. Konsep itu valid sehingga kini dan apa yang diceritakan dalam buku ini juga berlaku kepada masyarakat kita pada sekarang ini.

Bahagian paling menarik dalam buku ini ialah tentang cara mengatasi poket kering. Permulaan nya ialah Raja Babylon memanggil seorang yang paling kaya di Babylon iaitu Arkad, untuk mengajar kepada masyarakat Babylon yang miskin untuk berkongsi rahsia macam mana beliau boleh menjadi kaya sejak dari mula sampai sekarang.

Dan dalam sesi pembelajaran tersebut, Arkad berkongsi 7 penawar daripada poket kering. Apa yang paling saya kagum, ia sangat valid kepada masyarakat kita sehingga sekarang ni.

 

7 Penawar Mengatasi Poket Kering

 

Penawar #1 – Simpan 10% Pendapatan

 

Dalam sesi pembelajaran masyarakat Babylon bersama Arkad tu, pada permulaannya Arkad menanyakan setiap orang tentang apa pekerjaan mereka. Apa yang Arkad kagum, hampir semua mereka mempunyai pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan semua dari mereka berpotensi untuk menjadi lebih kaya dari Arkad!

Jadi, tips yang pertama Arkad berkongsi ialah :

” Setiap 10 emas (gaji) yang masuk ke dalam dompet, ambil 9 keping emas untuk digunakan & simpan 1 keping. Ulang sehingga poket menjadi tebal”

Tambah Arkad lagi :

“Inilah permulaan saya dulu sebelum menjadi kaya. Saya hanya guna 9 keping emas untuk memenuhi keperluan saya, dan saya dapati saya boleh meneruskan kehidupan macam biasa”

Oleh itu, apa yang saya pelajari dari penawar pertama ini ialah langkah pertama macam mana orang kaya menjadi kaya ialah kerana meraka amalkan ‘menyimpan’. Dan ia selari dengan nasihat guru-guru kewangan yang ada di Malaysia iaitu simpan dulu sebaik sahaja dapat gaji, jika lebih baru belanja.

 

Penawar #2 – Mengawal Perbelanjaan

 

Permulaan sesi kelas pada hari kedua, ada seorang bangun berdiri dan mengadu kepada Arkad,

” Macam mana saya nak minyimpan, sedangkan, keperluan kami ¬†sekeluarga pun tidak cukup dengan gaji yang saya dapat? “

Arkad lantas menjawab

” Bukankah dari kalangan kamu semua ini, mempunya latar belakang keluarga yang berbeza, pekerjaan yang berbeza. Namun, semua dari kamu semalam mempunyi dompet yang kempis? “

Lantasnya, semua terdiam dan manganguk tanda mengiyakan apa yang cuba Arkad sampaikan.

Secara ringkasnya, apa yang Arkad nak berkongsi tentang tips kedua ini ialah tentang mengawal perbelanjaan samaada ia keperluan atau kemahuan. Untuk menjadikan dompet sentisa kembung, kita perlu belanja apa yang perlu, bukan ikut apa yang kita mahu.

Kebiasaanya, semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi kemahuan kita. Jadi, tak mustahil lah kenapa golongan muda mudi di Malaysia ni ramai yang diisytihar bankrup seawal usia 30an! Oleh itu, betullah apa yang guru saya selalu pesan sewaktu saya mula menjejak kaki ke alam pekerjaan tahun 2014 yang lalu :

” Berbelanjalah apa yang perlu sahajaa, dan sebaikkanya belajar hidup dibawah kemampuan. Kalau mampu pakai kereta Honda, pakai je kereta tempatan, duit lebih untuk Honda tadi buat simpanan “

Justeru, sebaik sahaja dapat gaji, rancang betul-betul perbelanjaan bulanan supaya 10 tahun nanti insyaAllah boleh hidup senang dan pencel awal.

 

Penawar #3 – Gandakan Emas (Pelaburan)

 

Dalam kisah Arkad tadi, selepas berjaya konsisten menyimpan 10% dari pendapatan. Arkad memulakan pelaburannya yang pertama iaitu memberi modal kepada tukang membuat perisai. Arkad membeli sekapal gangsa dan memberi kepada pembuat perisai untuk dijadikan bahan mentah untuk tujuan perniagaan mereka.

Dalam konteks di masa kini, pelaburan mudah dan paling biasa bagi orang kebanyakan di Malaysia ialah melabur dalam ASB refinancing. Hal ini kerana, duit yang kita sekadar simpan pada permulaan tadi tidak menjana apa-apa pendapatan.

Apa yg saya perhati, konsep yang paling penting Arkad ingin ketengahkan tentang pelaburan ialah, pelaburan bermula selepas kita pandai menyimpan dan kita tahu kawal perbelanjaan. Kesilapan orang kebanyakan ialah mencari pelaburan paling ideal dahulu sebelum adanya simpanan. Ini cara mengatasi poket kempis yang tidak bagus.

Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan bulan bintang (skim cepat kaya). Jika tersilap langkah, rancang nak melabur tapi ia menjadi melebur. Saya pernah berkongsi pengalaman saya sendiri berdepan dengan ejen skim cepat lingkup. Boleh baca balik artikel “3 tips mudah nak tahu ia scam atau tidak”.

 

Penawar #4 – Pelihara Harta Dari Kerugian

 

” Kaji sebaik mungkin sebelum harta berpisah dengan kita ” – kata Arkad dalam sesi pembelajaran hari ke empat

Ini nasihat orang paling kaya di Babylon kepada orang kebanyakan disana untuk penawar dari poket kering yang ke empat. Bab duit, jangan percaya pada sesiapa, kaji dulu betul-betul dan kalau sudah yakin, barulah humban duit kita itu ke dalam sesuatu pelaburan.

Memang betul apa yang Arkad bagitahu, sama macam dengan kes-kes masyarakat Malaysia yang terjebak dengan skim cepat kaya yang dah menjadi viral di facebook sebelum, mereka meleburkan duit mereka hanya disebabakan percaya kepada nasihat kawan-kawan dan juga saudara mara. Disebabkan atas dasar percaya, tidak lagi mulakan mencari ilmu dan kepastian terhadap sesuatu pelaburan dahulu, sebelum memisahkan harta dari tangan kita.

Guru saya juga selalu berpesan,

” Buat lah apa-apa sekali pun, join pelaburan yang tengok orang lain boleh untung juta-juta sekali pun, kalau kita sendiri yang tidak ada ilmu, confirm pelaburan kita akan jadi peleburan”

Justeru, perlu ingat peliharalah poket kita yang sudah tebal hasil dari menyimpan itu dari kerugian. Perisai utama untuk elak dari kerugian ialah ilmu!

 

Penawar #5 – Jadikan Tempat Kediaman Sebagai Pelaburan Yang Menguntungkan

 

Untuk penawar yang kelima ialah Arkad menasihatkan agar rakyat Babylon memiliki rumah sendiri berbanding membayar sewa yang terlalu mahal untuk kediaman ini. Jadi, nasihar Arkad selepas poket yang kosong sudah menebal, mulakan untuk memiliki rumah sendiri dahulu!

Namun, dalam konteks kita sekarang ni macam mana cara untuk menjadikan kediaman kita sebagai tempat pelaburan yang boleh bagi keuntungan? Tips untuk beli rumah bagi anak-anak mudah ialah beli rumah pertama untuk jadikan sebagai rumah pelaburan dulu, bukan beli rumah idaman.

Apa yang saya perhati, kenapa ramai anak-anak mudah agak lewat untuk memiliki rumah sendiri ialah dalam mindset mereka nak beli rumah pertama terus dengan beli rumah idaman. Akhir sekali, selepas dah lebih 10 tahun bekerja baru mampu memiliki rumah pertama, sedangkan harga rumah sudah melambung tinggi.

Konsep penting dari pakar-pakar kewangan ialah, beli dulu rumah mana yang mampu dulu sebagai aset yang pertama, bukan rumah idaman kerana kita tak tahu 30 tahun nanti kat mana kita nak bersara.

 

Penawar #6 – Jamin Pendapatan Masa Depan (Pendapatan Pasif)

 

Dalam kelas pembelajaran Arkad untuk hari yang ke-6, nasihat beliau kepada masyarakat adalah untuk memastikan pendapatan kita cukup masa hadapan. Dalam erti kata lain, memiliki income pasif yang secupnya.

” Pencen bukan soal umur, tapi ia soalah kedudukan kewangan ” – Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku zero hutang

Nasihat guru saya supaya mencari jaminan pendapatan untuk masa depan sebagai persediaan untuk pencen lebih awal. Hal ini kerana jika kedudukan kewangan kita bagus, insyaAllah umur 30an kita sudah boleh pencen. Namun, jika dah sampai umur 50an tetapi kita masih terbeban dengan banyak hutang, usah kata pencen, silap-silap kita masih perlu bekerja walau sudah sampai umur pencen.

Jika kos sara hidup kita untuk pencen ialah RM4500 sebulan, ia bermakna jika kita ada duit pencen RM5000 sebulan. Kita sudah boleh pencen tanpa kita perlu lagi bekerja.

Cara paling biasa untuk orang kebanyakan untuk menjana pendapatan pasif ialah dengan cara pelaburan atau dengan cara mempunyai bisnes bersistem. Dalam istilah yang Robert Kiyosaki gunakan ialah golongan I (Investor) dan golongan B (Bisnes Owner). Saya dah pernah tulis tentang 4 golologan yang mempunya pendaptan yang berbeza dalam artikel riviu buku saya  yang bertajuk Cashflow Quadrant.

 

Penawar #7 – Tingkatkan Keupayaan Memperoleh Pendapatan

 

“Penawar terakhir untuk dompet kempis adalah memupuk keinginan dalalm diri untuk belajar dan menjadi lebih berilmu, lebih mahir dan bertindak bagi menghormati diri sendiri”- Arkad dalam sesi kelas yang terakhir

Apa yang boleh saya ringkaskan dari nasihat arkad ini ialah, orang yang kaya bukan sahaja mereka kaya dari segi harta, namun mereka juga kaya dari aspek tingkah laku dan disiplin diri dalam kehidupan seharian mereka. Keinginan yang kuat untuk mengubah poket kering juga salah satu faktor yang menyebabkan macam mana orang kaya menjadi kaya.

Ada beberapa sahabat saya yang saya kenal. Bergaji memang besar, namun hutang semakin hari semakin menebal. Apa yang saya perhati, mereka sendiri tidak ada keinginan yang tinggi untuk bebas dari segala hutang. Dia sendiri ambil sikap tidak endah terhadap kedudukan kewangnan meraka.

Kalau saya dalam situasi mereka, nak tidur pun tidak lena. Namun, beliau masih boleh berfikir untuk “beli gadjet baru” apabila next gaji walau hutang keliling pinggang!

Oleh itu, inilah penawar paling penting bagi mengelakkan dompet kempis iaitu keinginan yang kuat dalam diri untuk menyelesaikan masalah.

 

Kesimpulan

cara atasi masalah poket kering
Buku bacaan yang sangat santai. Tak sampai 200muka surat.

Inilah kesemua rahsia macam mana orang kaya menjadi kaya sejak berzaman lagi. Mereka bermula dengan menyimpan, dan disiplin dalam mengawal perbelanjaan dan barulah mencari pelaburan yang betul untuk kembangkan simpanan yang dimiliki. Apa-apa pun, yang penting ialah simpan, simpan, simpan dan simpan sebagai permulaan.

Tidak ada jalan mudah untuk menjadi kaya! Sudah tahu rahsia ni kan? Berapa banyak gaji bulanan yang kita dah mula simpan?

Wallahuallam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
22 October 2017

 

Saya dealer Public Gold yang aktif. Saya memberi nasihat tentang simpanan dan pelaburan emas yang betul tepat dan selamat.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *