kuat berusaha

7 Cara Hidup Ringkas Dan Mudah

kuat berusaha

Saya percaya setiap dari kita mempunyai pilihan hidup sendiri. Nak menyusahkan diri sendiri atau nak hidup dengan ringkas dan mudah.

Ada yang saya jumpa, sanggup berselindung sebagai orang yang kaya disebalik 'syarikat' kontraktor dengan sebuah GLC company. Hakikatnya, hutang keliling pinggang, hidupnya huru-hara.

Ini saya berkongsi, 10 cara hidup ringkas dan mudah berdasarkan bacaan saya dari buku sifu kewangan Malaysia, En Zaidi Ismail.

#1 Dahulukan Allah

Dahulukan Allah, mohon pada-nya. Semua jawapan ada pada Nya. Jika, hati rasa berserabut, cuba cek balik macam mana hubugan kita dengan Allah. Solat terjaga ke?

#2 Belajar Berkata Tidak

Jika kawan-kawan ajak ke event yang perlu keluarkan modal yang tinggi. Saya sering kuatkan diri untuk berkata 'tidak'. Bukan sebab tak mahu berkawan, tapi saya tahu sejauh mana kemampuan kewangan saya.

#3 Berpindah

Tidak semestinya mesti hidup dibandar untuk mendapat kejayaan dari segi kewangan (gaji tinggi). Cuba cari kerja di tempat yang luar bandar pun boleh. Gaji rendah tak mengapa, hidup dibawah kemampuan.

#4 Bersihkan Rumah

Sebagai seorang suami. Bantulah isteri bersihkan rumah. Tak perlu ambil masa yang lama pun, 10minit dah siap. Rumah yang semak menandakan hidup yang huru-hara

#5 Simpan Barang Yang Perlu

Rumah saya tiada hiasan-hiasan yang tidak perlu. Barang yang tidak perlu haruslah disedekahkan, atau dibuang sahaja. Fokus kepada keperluan, bukan kehendak.

#6 Beriadah

Selalu berjalan kaki. Jadikan berjalan sebagai rutin harian, bawak anak-anak keluar rumah untuk beriadah di waktu petang. Elakkan dari anak terkurung di dalam rumah menghadap fon di petang hari.

#7 Matlamat Hidup

Rancang kehidupan harian. Punca utama orang yang mempunyai masalah kewangan ialah mereka tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas. Hidup sekadar hidup. Pergi kerja pagi, pulang di waktu petang atau malam. Dan ulang perkara yang sama hingga lanjut usia.

Mulakan dengan senaraikan matlamat hidup. Dan bekerja kearah mencapainya! Bukan sekadar menulis di kertas.

Hafiz
Tawau, Sabah
29 April 2019
23 Syaaban 1440H

Artikel Berkaitan

>