
Siapa kita 5 hingga 10 tahun akan datang? Macam mana nak tahu?
Soalan ni sebenarnya pernah ditanya oleh mentor kewangan saya, En Mohd Zulkifli, semasa saya bertandang ke rumah beliau.
Apa yang dia jawab yang membuatkan saya sangat terkesan ialah :
" Tengok macam mana tugas bos (Superrior) kita, begitulah juga kita 5 hingga 10 tahun akan datang "
Uishh, saya pulak rasa terkejut dengan statement beliau, setakat apa yang saya perhati, tugas seorang senior di kilang kelapa sawit ni memang besar.
Dari sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besar perkara, semuanya di atas kepalanya.
Mentor saya tambah lagi :
" Kalau tak nak hidup macam bos kita sekarang, carilah 'bos' yang baru, yang kita impikan kehidupan macam mereka "
Nak diringkaskan cerita, bukanlah mentor saya sarankan untuk berhenti kerja dan bertukar-tukar kerja, tapi carilah seorang mentor yang memboleh kita tahu kemana hala tuju kita 5 tahun atau 10 tahun akan datang.
Faktor Yang Mempengaruhi Masa Depan Kita

Salah seorang Mentor saya, En Syukor Hashim dengan pustaka dirumahnya.
Jika dengar nasihat mana-mana orang yang sudah berjaya, ada 2 faktor yang paling besar yang sangat mempengaruhi kehidupan masa depan kita iaitu :
1. Apa bahan bacaan yang kita baca.
2. Dengan siapa yang kita selalu berkawan.
Ya, memang betul. Kalau anda suka baca surat khabar. Pemikiran anda juga akan bercelaru macam dalam surat khabar. HEHE.
Cuba lah baca surat khabar di Malaysia khususnya. Tengok muka depan kes bunuh, muka tengah sikit kes yang video intim menteri, belek lagi kes artis bercerai. Sedikit pun tidak ada manfaat untuk masa depan anda.
Jadi, tukar bahan bacaan anda cepat-cepat. Baca bacaan orang yang kaya, insyaAllah pemikiran anda sudah siap sedia jadi kaya sebelum anda sendiri jadi kaya.
Tak pernah lagi saya jumpa setakat ni, penulis surat khabar seorang jutawan bukan? HEHE
Masa Depan Anda Bukan Ditangan Anda, Bukan Orang Lain

Kalau tinggal di Malaysia, anda dilahirkan dalam keluarga miskin tu bukan silap anda, namun jika anda besar pun masih dalam keaadan miskin, itu satu masalah besar.
Cuba tengok warga asing di Malaysia, mereka berusaha gigih siang dan malam. Dapat gaji sikit simpan sikit, dapat gaji banyak, simpan banyak.
Terbalik dengan kebanyakan masyarakat kita, gaji naik saban tahun, taraf hidup juga menaik saban tahun.
Makin lama bekerja, sepatutnya simpanan yang semakin banyak, namun makin lama bekerja, hutang yang semakin bertambah.
Semoga coretan saya kali ini boleh memberi manfaat kepada anda semua.
Wassaallam.
Encik saya berminat nak mula simpan dinar,umur saya 20 tahun tapi sekarang saya dekat australia as a student and keje part time jugak so ada modal nak beli dari sekarang,cuma saya perlukan guide sebab takde langsung ilmu pasal emas dinar cuma saya tahu benda ni akan berguna masa depan nanti,kalau transfer duit untuk beli emas dari australia boleh ke?and contoh kalau saya beli and saya simpan dekat public gold je buat masa sekarang boleh ke?mohon pencerahan encik saya baru nak berjinak dalam dunia emas dinar ni huhu
Waalaikumussalam Cikpuan Syahirah,
Baiklah. Saya boleh bantu Cikpuan Syahirah untuk mula simpan emas dengan Public Gold. Untuk pertanyaan Cikpuan Syahirah:
1) Boleh transfer dari Australia. Beli emas dengan Public Gold boleh buat secara online je.
2) Boleh juga beli dan simpan dengan Public Gold. Cara ini dipanggil beli emas secara GAP (Gold Accumulation Program). Untuk kefahaman lanjut tentang GAP, Cikpuan Syahirah boleh rujuk di artikel saya yang ni http://www.hafizshafie.com/public-gold-gap/
Apa-apa persoalan, Cikpuan Syahirah boleh terus hubungi saya di 6014-5005090 untuk respond dari saya segera. Sekian, semoga bermanfaat.
Mcm mna nk ubah diri kita ye
Nk tnggok diri sya 5thun akn dtg