Orang Tawau memang celik emas!
Kenapa tidaknya, cuba lalu di kedai-kedai emas di bandar Tawau pada hari minggu, fullhouse.
Hari Ahad lalu, sambil kami mencari barang dapur di bandar Tawau, saya dan isteri nak cari kedai emas yang tak ramai orang, untuk servay harga emas (sambil berborak dengan taukey kedai), tapi kami terpaksa batalkan plan tu, sebab semua kedai emas ramai orang.
Alang-alang orang Tawau sudah ‘celik emas’, why not mereka simpan dinar atau jongkong emas Public Gold berbanding barang kemas sebagai aset untuk masa depan anak-anak kerana dinar emas (atau jongkong) mempunyi potensi keuntungan lebih tinggi berbanding barang kemas.
Okey, mungkin ramai yang masih belum tahu.
Ada 4 cara nak beli emas Public Gold. Tapi, kali ini saya share khas untuk yang tinggal jauh dari branch Public Gold.
Macam mana nak dapatkan dinar atau jongkong emas Public Gold dengan harga lebih murah berbanding beli direct di Pos Arrahnu kalau kita tinggal di Tawau.
Jadi, untuk kali ni, saya share pengalaman saya sendiri yang tinggal di Tawau hampir 3 tahun dan boleh menabung emas secara konsisten, walau di Tawau ni belum ada cawangan Public Gold.
Kaedah #1 – Order & Ambil Emas di Pos Arrahnu Tawau
Saya pernah kongsikan pengalaman saya beli emas Public Gold dan ambil emasnya di Pos Arrahnu Tawau dekat facebook personal saya seperti dibawah. Boleh baca perkongsian saya di facebook tu dengan KLIK DISINI.
” Apa beza kalau beli terus di Pos Arrahnu Tawau? Mana yang lebih murah? ” Okey, ada dua perkara kenapa saya lebih suka order emas PG dan ambil di Pos Arrahnu Tawau berbanding beli terus emas Pos Malaysia di Pos Arrahnu Tawau.
Kelebihan #1 – Dapat Harga Lebih Murah
Kalau nak beli emas dengan bajet 1 Dinar (sekitar RM800) dan ke atas, saya sangat syorkan guna kaedah ni, kerana harga yang kita dapat lebih murah berbanding beli direct emas di Pos Arrahnu.
Saya sendiri pun pernah order emas 1 Dinar dengan Public Gold, dan ambil emas di Pos Arrahnu Tawau seperti yang saya kongsi di atas.
Lihat perbandingan harga emas Public Gold dan harga emas Pos Arrahnu seperti gambar dibawah. Kalau nak tahu harga emas Pos Arrahnu boleh call terus mana-mana cawangan Pos Arrahnu.
Perbandingan harga emas yang dekat atas ialah pada bertarikh 18 September 2017, yang saya ambil di Pos Arrahnu Tawau.
Secara kesimpulan kalau beli online dan ambil di emas di Pos Arrahnu Tawau, saya dapat harga yang lebih jimat. Secara ringkasnya :
Contoh kalau kita nak dapatkan jongkong Emas 10gram,
Order Online Public Gold RM1923 + RM30 (gold premium) = RM1953
Beli direct di Pos Arrahnu Tawau = RM2056
Beza harga, RM103 lebih jimat jika beli melalui Public Gold untuk dapatkan emas yang sama!
Walau bagaimanapun, untuk jongkong emas 1 gram, 5 gram dan 1/2 Dinar mungkin harganya sama dengan harga beli direct di cawangan Public Gold.
Kelebihan #2 – Sistem Order 24jam
Sistem order emas Public Gold boleh dilakukan 24 jam sehari, walau cuti umum sekali pun, orang Tawau boleh order emas secara online mengikut harga emas semasa dunia.
Harga emas Public Gold di update setiap 20minit sekali. Sekiranya jam 12tgh malam harga emas menjunam, kita boleh kunci harga tersebut dulu sebelum harga emas berubah balik.
Berbeza dengan beli emas di Pos Arrahnu, kita hanya dibenarkan buat urusniaga waktu office hour sahaja, dan harga emasnya diupdate sehari sekali sahaja.
Cara Mudah Order Emas
Ada beberapa cara untuk buat pembelian emas guna kaedah ini.
Tapi, saya akan kongsikan cara yang paling mudah je, supaya sahabat-sahabat pembaca tidak pening kepala untuk buat pembelian pertama.
Cara yang paling mudah ialah, anda perlu inform kepada saya atau mana-mana dealer Public Gold yang anda kenal, untuk mereka bantu anda buat pembelian pertama emas ni.
Dealer macam saya ni hanya pemudah cara sahaja, saya bantu orderkan emas anda dalam website Public Gold, dan segala urusan pembayaran dan ambil emas, anda boleh uruskan sendiri. Cuma apa yang saya perlukan ialah :
- Nama Penuh
- No Fon
- No IC atau Passport
- Item (emas) apa yang anda mahu
Lepas saya setelkan urusan submit order, sistem Public Gold akan hantar email invoice secara automatik ke email yang anda.
Anda perlu bayar ke akaun Public Gold dalam masa 4 hari bekerja, dan staff Public Gold akan transportkan emas anda ke Pos Arrahnu Tawau sebaik sahaja pembayaran anda telah disahkan.
Walau bagaimanapun, jika ada sahabat-sahabat nak uruskan sendiri A to Z, saya ada sediakan satu booklet tentang cara order emas guna kaedah ni. Boleh download booklet tersebut di link yang saya sediakan ni –> Cara Order Emas
Kaedah #2 Beli Emas Sikit-sikit Dengan Cara Akaun Emas Fizikal GAP
Haaa. Ini cara lebih mudah dan murah kalau nak simpan emas dengan bajet minimum bagi orang Tawau.
Tapi, untuk setakat ni, beli emas dengan kaedah GAP hanya boleh keluarkan emas di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia sahaja dan cawangan Public Gold yang terdekat dari Tawau hanya di Kota Kinabalu.
Walaupun bajet saya hanya 1 gram 1bulan (sekitar RM200 sebulan), tapi saya mampu dapat emas yang lebih besar.
Hatta jongkong emas 1000gram seketul pun saya boleh milikiki walau kita hanya ada bajet yang minimum dengan Akaun Emas Fizikal GAP <– sila download Ebook GAP untuk tahu lebih lanjut tentang GAP.
Kelebihan GAP Bagi Orang Tawau
Dengan cara GAP, walaupun saya tinggal di Tawau, tapi saya tidak ada masalah untuk menabung emas.
Mudahnya simpan emas dengan kaedah GAP, saya tak perlu fikir dekat mana nak sorok emas saya, saya tak perlu risau jika sibuk dan tak sempat ambil emas yang saya order dengan Public Gold.
Dengan kaedah GAP, semuanya percuma. Saya hanya perlu bayar mengikut harga emas semasa dan dapat emas. Bila saya ada apa-apa urusan di Kota Kinabalu, saya boleh keluarkan emas saya dari akaun GAP kepada bentuk fizikal.
Akaun Emas GAP : Boleh Beli Emas Sikit-Sikit
Kenapa saya kata, “beli emas sikit-sikit dengan akaun GAP, dan boleh dapatkan emas yang besar terus seketul” ?
Contoh, jika saya konsisten beli emas 1gram 1bulan dengan akaun emas fizikal GAP, selama 10 bulan secara teorinya saya ada 10gram emas dalam akaun emas GAP.
Dengan 1ogram tu, saya boleh keluarkan emas 10gram seketul, boleh juga keluarkan jongkong emas 1gram sebanyak 10keping. Mana-mana sahaja kombinasi item emas, asalkan cukup dengan jumlah yang saya ada dalam akaun emas GAP.
Jadi, sangat mudahkan simpan emas dengan akaun emas fizikal GAP? Ia lebih fleksible berbanding kaedah yang pertama saya terangkan tadi. Dan ia sangat sesuai bagi pembeli emas yang hanya ada bajet minimum macam saya.
Cara Nak Mula Simpan Emas Melalui GAP
Cara paling mudah nak simpan emas dengan kaedah GAP (jika belum ada Kod PG sendiri), anda boleh bagi maklumat kepada saya :
- Nama
- No Fon
- No IC atau Passport
- Bukti Pembayaran ke akaun Public Gold mengikut harga semasa di www.publicgold.com.my
No akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd :
Maybank : 5571 3923 8048 atau Public Bank : 3167 52 0833
Lepas dah bagi 5 detail seperti di atas, saya terus buat pendafataran akaun emas GAP anda ke staff Public Gold. Dalam masa 2 hari bekerja, staff PG ambil masa untuk verify payment, dan anda terus boleh keluarkan emas fizikal tu.
Kesimpulan
Justeru, dua cara ini lah antara cara yang selalu saya guna untuk menyimpan emas selama hampir 3 tahun saya di Tawau. Namun, dengan Public Gold ada 4 cara kesemuanya untuk seluruh rakyat Malaysia mudah untuk simpan emas, pilih yang mana paling selesa.
Disebabkan cawangan PG yang terdekat dengan Tawau setakat ni ialah di Alam Mesra, KK (700km dari Tawau).
Saya nampak, 2 cara ni lah cara yang paling mudah untuk dapatkan emas jongkong emas dan dinar yang lebih murah bagi orang Tawau.
Apa-apa persoalan berkaitan Public Gold, boleh watsap saya di +6 014 500 5090 (Hafiz) atau bagi wanita rasa segan nak watsap saya, boleh juga watsap isteri saya, Cik Fizah di +6 019 901 4722.
Kami berdua dealer Public Gold yang aktif sejak tahun 2015, kami aktif berkongsi tentang ilmu simpanan emas yang betul tepat dan selamat
Wallhuallam
Hafiz
Tawau, Sabah
16 September 2017