Cara Menabung, Terjerat Scammer

Duit Tu Tak Jahat

tip pelaburan

Saya selalu ingat pesan guru kewangan saya, tentang duit :

" Duit tu tak jahat, yang jahat itu ialah orang yang menguruskan duit dengan jahat "

Sejak dari itu, saya letakkan azam untuk bebas kewangan secepat mungkin, supaya saya boleh memberi banyak manfaat kepada agama dan keluarga.

Saya cukup cemburu dengan orang yang dah bebas kewangan yang menyertai misi bantuan di kem pelarian Syiria, untuk bantuk anak-anak Syiria yang sekarang ni di bantai habis-habis oleh pemerintah dunia tanpa belas kasihan.

Hampir semua orang yang menyertai misi tersebut bukan orang biasa-biasa, tapi mereka orang yang banyak "duit". Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk membantu umat Islam yang memerlukan pertolongan.

Ya. Allah. Murninya perjuangan mereka, mereka menghabiskan duit mereka ke jalan Allah. Cuba fikir sejenak, kalau mereka miskin, boleh tak nak bantu anak-anak pelarian Syiria di sana?

Mindset Orang Kita Tentang Duit

melabur dan menyimpan emas

Baru-baru ini ada ustaz datang ceramah di premis kilang saya. Ustaz ni sangat femes dalam kalangan penduduk kampung dekat tempat saya kerja.

Apa yang saya perhati, ustaz tersebut selalu memerli orang kaya dalam ceramah beliau. Ada satu ayat yang saya rasa ustaz ini tak patut katakan ialah:

" Ohh, orang kaya ni pandai juga sembahyang "

Saya rasa, ustaz tak patut memperkatakan begitu dalam kalangan pekerja-pekerja ladang (yang bergaji paras minimum gaji sahaja). 

Sepatutnya, ustaz perlu menggalakkan orang begini untuk belajar dan merancang kewangan dengan baik.

Hasilnya sekarang, minat masyarakat kat sini untuk berusaha lebih kuat mencari duit semakin berkurang. Setiap minggu mesti ada sahaja bank call pejabat saya untuk mencari individu yang tak bayar hutang.

Nak buat macam mana, ustaz cakap kaya tu tak bagus!

Ustaz mungkin lupa atau tidak tahu, 9 dari 10 sahabat nabi yang dijamin syurga itu semuanya orang multi kaya! Jadi, kenapa umat Islam sekarang tak boleh kaya?

9 Sifat-sifat Duit

tabung warna

Saya nak kongsi sikit tentang 10 sifat duit, dan dari situ, tidak ada satu pun sifat duit yang menunjukkan duit itu jahat!

1. Satu ilusi yang mempunyai nilai.

2. Tidak beremosi

3. Boleh ditukar nilai, dan dibentuk dalam pelbagai nilai.

4. Boleh susut disebebkan ekonomi dan inflasi.

5. Boleh bertukar milik

6. Boleh dipinjamkan

7. Tidak boleh menjana masa

8. Boleh membeli dan dibeli.

9. Boleh guna untuk jana lebih duit

Inilah sifat duit, hanya No 4 sahaja tentang buruknya sifat duit iaitu boleh dimakan inflasi.

Selebihnya sifat jahat duit ialah disebabkan oleh sikap jahat orang yang menguruskan duit!

Jom tukar mindset!

Umat Islam perlu kaya, kalau semua umat Islam miskin, siapa lagi nak diharapkan untuk membantu umat Islam yang dibantai di timur tengah sekarang?

Sekian. Semoga bermanfaat.

Hafiz
Tawau, Sabah
16 Julai 2019
13 Zulkaedah 1440H

Artikel Berkaitan

>