Jaga hubungan dengan Allah, InsyaAllah Allah jaga kewangan kita.
Apa yang saya perhati, salah satu sebab kenapa kewangan sesetengah sahabat saya terlalu 'kucar-kacir' ialah, mereka sendiri tak jaga hubungan dengan Allah.
Ini pengalaman saya sendiri, selepas hampir 5 tahun dalam alam pekerjaan.
Gaji Banyak, Tapi Tak Pernah Cukup
Boleh dikatakan, selama 5 tahun saya berkerja, saya antara jurutera yang paling junior. Orang lain dah ada pengalaman kerja hampir 10tahun.
Semestinya, gaji mereka sekitar RM6k, berbanding dengan saya hanya sekitar RM3k.
Beza gaji hampir separuh!
Jujur saya katakan, bila dah masuk alam pekerjaan, tak senang saya nak jumpa rakan-rakan yang betul-betul jaga solat.
Ya, jaga solat je!
Tak payah lah nak cakap jaga 5 waktu solat di masjid, tu jauh sama sekali.
Dalam industri lain saya tak pasti, tapi ini realiti dalam industri perladangan macam saya.
Jadi, ini nasihat saya. Kalau gaji dah lebih. Tapi, mampu bertahan hanya dalam masa 2 minggu je, cuba cek balik hubunga kita dengan Allah.
Solat kita. Sedekah kita? Jaga dulu perkara wajib ni. InsyaAllah tahap kewangan kita semakin hari semakin baik.
Rezeki Kita Dari Allah
Saya baru berpindah dari Tawau ke Kulim. Dari kilang sawit di Merotai, Tawau ke kilang sawit dekat dengan Mahang, Kulim.
Budaya kerja pun sedikit berbeza.
Budaya kerja dekat sini lebih "workoholic". Kerja dari pagi sampai pukul 12 tengah malam. Habis Asar, Magrib semua langgar. Isyak saya tak pasti lah kan.
Saya yang junior ni pun kadang-kadang nak juga tanya,
"Korang ni tak minta rezeki dari Maha Pemberi Rezeki ke? ". Huhu.
Tapi risau juga nanti cakap tak hormat senior pulak.
Saya bercakap ni bukannya sebab saya ni alim sangat, cuma saya jaga juga lah rukun-rukun Islam tu.
Jaga Solat! Allah Jaga Rezeki Kita
Sebagai kesimpulan, ini nasihat saya kepada yang graduan baru untuk masuk alam pekerjaan, dan juga bekas-bekas graduan baru.
Jaga solat anda. Jaga solat anda. InsyaAllah Allah jaga dengan baik duit poket anda.
Ramai yang saya jumpa. Gaji dah banyak, tapi kereta sikit-sikit rosak. Duit habis.
Ramai yang saya jumpa. Gaji dah banyak, tapi family pulak jenis boros. Pakaian nak branded dan mahal-mahal.
Ada juga yang saya jumpa. Gaji dah banyak, suka berfoya-foya dengan perempuan. Walaupun bini dah ada, tapi di kejauhuan. Nauzubillah.
Kalau dah tak jaga solat, yang merupakan tiang agama, macam mana Allah nak jaga rezeki kita?
Sekian. Semoga bermanfaat.