Peribadi kita dibentuk melalui apa yang kita baca, lihat dan dengar.
Saja aku nak share satu cerita yang terjadi dekat aku petang tadi.
" Aku dengar tempat tu keras "
Masa riadah petang tadi.
Aku jogging sekitar laluan dalam ladang sawit dekat dengan rumah aku. Dah lebih 100kali rasanya aku jogging laluan ni.
Lepas jogging.
Aku start motor, dan terus ke kilang. Sambil tengok progress kerja yang aku atur sebelum cuti.
Dekat kilang, jumpa sorang member tengah minum di kanti. Aku pun join sekaki, sambil borak-borak tentang masalah kilang.
Nak dipendekkan cerita.
Entah macam mana member tahu, aku baru lepas jogging dekat depan rumahnya (laluan ke dalam ladang), terus keluar dari mulutnya.
" Uishh, berani ko lalu situ, keras tu tempat tu"
Aku pun terus terdiam. Sambil dia cerita tempat-tempat yang keras dekat kawasan ladang ni. HAHA
Boleh dikatakan, semua tempat lah keras (",). Walaupun dia hanya dengar dari mulut orang lain jugak.
Impak Besar Daripada Apa Yang Kita Baca, Lihat dan Dengar
Lepas habis member tu cerita tempat-tempat yang keras. Lagi dia menambah,
" Malam ni aku nak layan movie, cerita munafik "
Hmm. Patut lah semua tempat dikatanya keras. Memang dia sendiri yang suka tengok dan layan benda-benda macam tu.
Sampai dia sendiri pun nak lalu kat situ pun takot.
Petang-petang. Tu lah laluan aku untuk beriadah. Kadang-kadang siap bawak anak bini lagi.
Alhamdulillah. Setakat ini tidak ada apa-apa berlaku. Bukan nya aku nak cakap besar.
Jauhkan Dari Input Negatif
Aku dah tak tengok movie atau drama seram, sejak dari universiti lagi.
Aku tak nak kerja-kerja harian aku diganggu oleh 'hantu'.
Hantu tu sebenarnya tak wujud. Tapi, jika selalu sangat melayan cerita macam tu, ' Hantu' tu sendiri akan ada dalam kepala kita sahaja.
Sama juga drama-drama Melayu.
Bila terbuka drama Melayu. Mesti ada adegan gaduh sana, pekik sini. Isteri bersuari tinggi dengan suami. Suami pulak curang dengan orang isteri orang.
Bila tengok semua benda tu. Walau hanya 5 saat. Aku rasa sakit hati, stress. Sebab tu, memang aku sangat larang bini aku layan cerita-cerita macam tu.
Ia merosakkan fikiran kita tanpa kita sedar.
Cara Elak Berfikira Negatif
Ini cara untuk hilangkan ingatan kita terhadap benda-benda yang negatif.
Caranya.
Baca buku, tengok video motivasi. Berkawan dengan orang yang positif.
Mentor aku selalu pesan.
Otak kita tidak ada reset button, jadi cara untuk buang mindset negatif ialah, kita mesti masukkan input-input positi.
Supaya input positif lebih besar berbanding input negatif dalam fikiran kita.
Wallahuallam. Semoga bermanfaat.