Mohamad Hafiz Shafie

Strategi Pelaburan Emas Sebagai Seorang Penyimpan, Pelabur atau Peniaga Emas.

Posisi-Penting-Pembeli-Emas

Waktu harga emas turun, ” Aduhh, menyesal sebab terbeli emas ketika harga emas lebih tinggi”, manakala waktu harga emas naik “Aduhh, menyesal sebab tak beli emas ketika harga murah”.

Ini situasi biasa waktu saya mula-mula kenal emas dulu pada tahun 2011 semasa masih bergelar mahasiswa, sebab saya tak faham tentang strategi pelaburan emas yang betul.

Waktu harga emas menaik saya stress, waktu emas turun lagi stress sebab saya anggap barang mahal yang saya beli dah jadi murah. Dan pada waktu tu jugak, setiap hari saya monitor harga emas, walau saya hanya beli 1 Dinar 916 jenama Public Gold

Saya rasa bukan saya seorang je yang buat silap macam ni.

Majoriti pembeli emas baru yang beli emas sebab “ikut-ikut” bermindset macam, seperti apa yang diterang oleh mahaguru emas Malaysia En Syukor Hashim semalam semasa FB live.


 Boleh ikut FB Live beliau balik. Klik je video diatas.

Pada tahun 2014, saya baca buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ yang ditulis oleh beliau. Lepas 4 tahun beli emas dengan mindset yang salah, barulah saya ada ilmu tentang strategi tersebut. Alhamdulillah.

Dari buku itulah, baru saya faham bahawa, setiap pembeli emas sebenarnya ada 3 posisi tersendiri, sama juga dalam game ‘bola sepak’, setiap posisi  mempunyai tugas yang berbeza.

Manakala, dalam dunia emas, setiap posisi pembeli emas perlu ada mindset yang tersendiri supaya kita tahu apa yang kita perlu buat terhadap emas yang kita beli tu.

Lepas saya faham ‘posisi pembeli emas’, hati semakin tenang bila tengok turun naik harga emas kerana saya tahu apa yang nak dibuat, dan apa matlamat saya dengan emas. 3 posisi tersebut ialah Gold Saver, Gold Trader & Gold Dealer.

 

Penyimpan Emas atau Gold Saver

Matlamat Gold Saver membeli emas ada untuk jangka masa panjang, lebih dari 5 tahun. Mindset seorang gold saver, mereka akan menilai kegunaan emas bukan sahaja dengan ‘buy low sell high’, malah lebih dari itu. Antara kelebihan emas sebagai simpanan jangka masa panjang ialah :

 

Emas Dalam Mindset Seorang Gold Saver

 

(1) Mengelakkan kebocoran wang. Bila ada wang kertas, hati akan sentiasa fikir untuk berbelanja sahaja. Tidak boleh nampak ada duit, mesti habis. Maka akibat risau duit cepat habis, tukar wang kertas kedalam bentuk emas boleh menahan nafsu untuk berbelanja.

(2) Simpan emas sebagai pelindung kekayaan akibat ketidakstabilan ekonomi. Bagi gold saver, asal duit tukar kepada emas. Tidak kira harga emas tinggi atau rendah. Mereka tidak takut dengan kejatuhan harga emas, sebab mereka tahu, kejatuhan ringgit lebih menakutkkan.

(3) Menjual emas selepas mencapai target simpanan yang tertentu seperti untuk tabungan ke Mekah, tabung universiti anak-anak atau untuk menukar aset yang lebih besar seperti rumah. Mereka tidak akan menjual emas semata-mata untuk berbelanja bulanan atau wang kecemasan.

dompet-emas
Simpan 5gram jongkong emas dalam dompet, pasti rasa ‘aura emas’ tu, HAHA

Kenapa emas boleh mengelakkan kebocoran wang?

Ini pengalaman saya sendiri, simpan 5 gram (bersamaan RM1100) jongkong emas dalam dompet, ia mampu bertahan dengan lama.

Kalau saya simpan RM1000 dalam dompet, agak-agak berapa boleh bertahan.

Saya rasa tidak sampai sebulan sudah habis. Sebab memang psikologi manusia, nampak duit je rasa nak berbelanja. Manakala, simpan emas rasa sayang untuk jual, malah rasa nam tambah lagi.

 

Pelabur Emas atau Gold Trader

Bagi gold trader, mereka akan fokus dengan pertambahan RM.

Dari soal gram emas mereka letak tepi. Gold trader mendapat untung hasil jual beli jual beli jual dan jual emas. Dalam erti kata lain, gold trader menggunakan prinsip buy low sell high yang banyak kali. Mereka sangat aktif membeli dan menjual emas.

Dari segi mindset, mereka letakkan emas sebagai medium pelaburan seperti ASB, unit trust, hartanah dan sebagainya. Namun, seorang gold trader berjaya perlu :

Contoh graf harga emas pada perisian untuk analisa harga emas
Contoh graf harga emas pada perisian untuk analisa harga emas

(1) Aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa, bagi mendapatkan gambaran trend harga emas semasa.

(2) Tahu analisa teknikal dan fundamental harga emas atau tahu membaca menjangka pergerakan harga emas dan istilah pergerakan harga emas pada graf.

(3) Apabila membeli emas, mereka akan berdoa harga emas naik, manakala apabila menjual emas mereka akan cepat berdoa agar harga jatuh supaya dapat membeli balik pada harga rendah.

Oleh itu, untuk menjadi seorang gold trader yang berjaya, ilmu yang paling penting ialah ilmu tentang membaca pergerakan harga emas. Nak  jadi gold trader? Boleh follow FB otai Noor Shufaad.

[Tips] Beli emas minimum 100gram baru layak untuk fikir soal buy low sell high, kalau setakat beli 1 Dinar, lebih baik letakkan mindset sebagai gold saver, hanya beli simpan dan lupakan, nanti 5-10tahun akan datang akan nikmati hasil yang tak sangka-sangka.

 

Pedagang atau Peniaga Emas

HafizShafie Profile

Pedagang emas ialah orang yang menggunakan emas sebagai medium perniagaan.

Dengan menjadi seorang ejen sesebuah syarikat emas, kita berpeluang mendapat komisyen setiap pembelian emas. Jika menjadi  ejen emas syarikat Public Gold, kita berpeluang mendapat royalti sebanyak 1%-2% ke atas setiap pembelian .

Selain mendapat komisyen, pedagang emas juga berpeluang mendapat untung runcit keatas perbezaan harga Buy and Sell.

Cara Jadi Ejen Public Gold
Cara-cara untuk menjadi dealer Public Gold. 100% free

Menjadi seoarang ejen syarikat emas membolehkan kita berada dikedua-dua posisi, samaada sebagai gold saver atau gold trader. Pedagang emas lebih fleksibel.

Bagi sahabat-sahabat pembaca yang ingin mengatahui peluang menjana pendapatan dengan menjadi ejen Public Gold, boleh rujuk di artikel yang saya tulis ini –> Jana Income Sambil Simpan Emas Melalui Public Gold

 

Saya di Posisi “Gold Saver”

Saya seorang gold saver, saya tidak pernah menjual emas saya sejak saya bermula dari tahun 2011 lagi.

Walaubagaimanapun, saya juga seorang peniaga dan penyimpan emas. Saya tak jual emas tetapi saya hanya pemudah cara untuk sahabat-sahabat untuk bagaimana ingin menjadi gold saver seperti saya (“,).

Kesimpulannya, apa yang saya ingin tekankan disini, guru saya selalu pesan, bukan emas yang membolehkan kita menjadi kaya, dengan ilmu tentang emas lah membolehkan seseorang itu bertindak dengan betul untuk menjadi kaya.

Jika membeli emas tanpa ilmu yang betul, kita akan rasa susah hati setiap turun naik harga emas. Punca utamanya ialah, kita membeli emas sebab ikut-ikut dan tidak ada matlamat yang jelas.

Wallhualam

 

Hafiz
Tawau, Sabah
22 September 2018
11 Muharam 1440H

 

Artikel Berkaitan

  1. Mudahnya Membina Pencen Dengan Public Gold
  2. Jangan Harapkan Ejen Untuk Memberi Keuntungan Kepada Pelaburan Kita
  3. 3 Kebaikan Tukarkan Simpanan Anak Kepada Bentuk Emas
  4. 3 Golongan Yang Perlu Simpan Emas

Artikel Berkaitan

>