Nampak meriah dekat facebook dengan gambar-gambar konvo sekarang ni. Itu petanda bahawa, ramai graduan baru yang sedang beralih ke alam perkerjaan.
Saya juga pernah jadi graduan baru 5 tahun dulu. Ia satu memori yang sangat indah.
Setelah 5 tahun sebagai seorang perkerja, berapa ramai yang saya dah jumpa, bekas-bekas graduan baru yang mengakui tersilap langkah semasa mula menjejak kaki keluar dari universiti dulu.
Mereka semua sedang mengharap agar, masa boleh diputar kembali agar boleh perbetulkan kesilapan mereka dulu, supaya hidup lebih selesa sekarang ini.
Ini antara 9 kesilapan graduan baru :
1. Bertangguh Dalam Mencari Kerja
Biasanya, lepas tamat belajar akan ada rakan-rakan yang terlalu tenang disamping kawan-kawan lain sibuk dengan memburu kerja.
" Alaahh. Dah penat 4 tahun belajar. Rehat la dulu sebulan dua"
Ini ayat biasa yang kalian akan dengar. Jangan mudah terpengaruh dengan mereka. Mereka mungkin anak orang ada-ada.
Jika kita anak orang biasa-biasa. Tamat sahaja kertas terakhir peperiksaan akhir semester. Terus mula memburu kerja.
Kalian belum tahu, sesi temuduga yang ke berapa kalian akan diterima untuk berkerja.
Nota tentang emas dan kewangan untuk bermula dari kosong. Bagaimana cara memanfaatkan emas dalam menambahbaik kewangan.
2. Berada di Zone Selesa Dengan Kerjaya Sekarang
Keluar dari zone selesa, walau kalian dah dapat kerja yang luar biasa. Caranya, letak target impian anda sendiri dalam kerjaya, bukan sahaja fokus kepada KPI syarikat semata-mata.
Jika anda sebagai seorang jurutera. Fokus kepada mendapat sijil sebagai orang yang berkelayakan dari JAS atau JKKP.
Cabar diri sendiri. Sebolehnya setiap tahun kalian memperoleh satu sijil khas orang berkelayakan.
JIka saya, sepanjang 5 tahun berkerja. Alhamdulillah saya sudah mendapat sijil AGTES (orang yang berkelayakan dalam kemasukan ruang terkurung) dan CePOMMET (orang berkelayakan dalam membuang sisa sawit)
Fokus saya seterusnya pula ialah untuk mendapat Sijil Jurutera Dandang. InsyaAllah.
3. Terbuat Pinjaman Pribadi Tanpa Keperluan Yang Mendesak
Dari sudut kewangan, berapa ramai rakan saya yang mengkui menyesal sebab terbuat pinjaman pribadi walau bukan keperluan yang mendesak.
Tambahan lagi, buat pinjaman pribadi untuk bercuti sana sini, atau untuk membeli TV besar 40inci yang hanya sempat ditonton seminggu sekali4. Beli Kereta Paling Mampu
Beli kereta paling mampu.
Hampir semua graduan baru akan mengimpikan sebuah kereta sebaik sahaja masuk ke alam perkerjaan.
Beli kereta tidak salah, tapi ramai yang terbeli kereta yang salah.
5. Nak Beli Rumah Paling Mampu
Seterusnya ialah, ramai yang mengimpikan untuk membeli rumah yang mewah-mewah. Sampai 10 tahun berkerja pun belum dapat beli walau sebiji rumah.
Sepatutnya, beli je dulu rumah biasa-biasa. Sebeb kalian sekarang belum tahu, tahun depan kalian akan berkerja dekat mana.
Bila dah pasti dekat mana kalian akan settle down, kalian jual rumah-rumah kecil tu. Dan baru beli rumah yang kalian untuk tinggal hingga ke akhir hayat.
6. Abaikan Kepentingan Ilmu Urus Kewangan
Dari kecil sampai universiti, kita tidak akan diajar ilmu untuk mengurus duit pribadi.
Kalian perlu mencari inisiatif sendiri untuk belajar ilmu mengurus kewangan bila dah kerja nanti.
Walau anda seorang akauntan sekalipun, anda sebenar belajar mengurus duit syarikat, bukan belajar mengurus duit sendiri.
7. Melancong Hingga Ke Hujung Dunia
Melancong tak salah. Tapi, sebelum melancong pastikan kalian memiliki simpanan yang secukupnya terlebih dahulu.
Simpanan yang minimum kalian perlu ada ialah simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan pendapatan.
Jika gaji RM3k, simpan RM9k. Jika gaji RM5k, simpanan minimum RM15k. Begitulah seterusnya.
Memang seronok apabila dapat tamatkan pengajian untuk mendapat segulung ijazah. Kadang sampai tak sempat tidur malam buat projek khas, kadang-kadang juga bersusah payah siapkan assigment.
Namun, banyak juga masa terluang semasa belajar. Ini hakikat sebenar yang mahasiswa perlu terima. Kalian akan mula sedar hanya apabila sudah berkerja. HEHE.
Disebabkan banyak memori yang pahit dan manis dalam proses untuk mendapat segulung ijazah, ramai graduan baru tersilap langkah apabila masuk di alam perkerjaan.
8. Langsung Tak Bersedia Untuk Bina Rumah Tangga
Jika kalian belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga tu takpa.
Namun, persediaan dari segi kewangan untuk berkahwin tu mesti bermula dari awal.
Berapa ramai yang saya jumpa. Mula kerja belum ada bakal isteri/suami, bila dah beberapa tahun kerja dan terjumpa bakal pasangan. Duit pulak tak ada.
Kalau lambat nanti 'dikebas orang'. Nak tak nak, kena ambil pinjaman pribadi.
Bila dah meminjam. Komitmen hutang bulanan pulak bertambah. Akhir sekali lepas kahwin, mengalami kesempitan wang.
9. Lepaskan Peluang Untuk Mendapat Pendapatan Lebihan
Masa mula-mula dapat kerja.
Kalian akan rasa jauh lebih sibuk dari semasa belajar. Kalian ada waktu rehat malam sahaja selain hari minggu.
Namun, bila dah berumah tangga. Jadual kesibukan kalian makin padat.
Kena urus rumah, urus anak isteri dan dalam masa yang sama, kena fikir pasal kerja.
Jadi, waktu mula-mula kerja sebenarnya kalian masih ada masa lapang. Jadi, masa bujang dan berkerjaya inilah peluang keemasan untuk kalian belajar buat duit lebih.
Berapa banyak dekat luar sana, kalian boleh jana extra income hanya dari phone dan dari rumah.
RM10 di alam kerjaya sangat berharga. Tambah-tambah bila kalian sudah berkerja.
Ijazah Merupakan Satu Permulaan, Bukan Pengakhiran
Memang seronok apabila dapat tamatkan pengajian untuk mendapat segulung ijazah. Kadang sampai tak sempat tidur malam buat projek khas, kadang-kadang juga bersusah payah siapkan assigment.
Namun, banyak juga masa terluang semasa belajar. Ini hakikat sebenar yang mahasiswa perlu terima. Kalian akan mula sedar hanya apabila sudah berkerja. HEHE.
Disebabkan banyak memori yang pahit dan manis dalam proses untuk mendapat segulung ijazah, ramai graduan baru tersilap langkah apabila masuk di alam perkerjaan.
Jadi, kalian perlu ingat.
Tamat belajar merupakan satu permulaan cabaran dalam kehidupan kalian, bukan ia satu pengakhiran.
Jaga langkah supaya tidak tersilap seperti majoriti bekas graduan yang lain.
Sekian. Semoga bermanfaat.