Public Gold Tawau

Sedikit Coretan Pengalaman Pertama Kami Buka Booth Public Gold di Tawau

 

Public Gold Tawau

Alhamdulillah, selama 3 hari berturut-turut, kami bertungkus lumus di gerai jualan MPT (Majlis Perbandaran Tawau) sempena Karnival Kemerdekaan.

Memang penat tapi berbaloi, namun inilah kepuasan bagi kami. Masyarakat Tawau faham pasal emas dan kewangan, kami rasa puas.

Baru lah saya faham, macam mana gigihnya peniaga-peniaga baju bundle di gerai-gerai macam tu.


Sebenarnya, ini booth kali kedua yang kami buka, tapi yang pertama tu kami sekadar buka peluang untuk orang ramai beli buku je. Tak ada display emas pun.

Tapi dulu saya silap, orang Malaysia ni nampak buku, buat-buat tak tau je. HEHE

Hasilnya 3 hari kami berkampung di depan MPT, Alhamdulillah. Orang Tawau memang suka emas. Sekali kena serbu, tak cukup tangan kami nak handle persoalan dalam kalangan pengunjung yang datang.

Syukur, kami sangat berpuas hati dapat memberi pendedahan kepada warga Tawau yang ‘gilakan’ emas, sedikit perkongsian tentang ilmu dan cara yang paling baik untuk menyimpan emas.

 

Pelbagai Ragam dan Reaksi Dengan Emas

 

Ini antara tarikan orang ramai untuk berhenti tengok emas.

Macam-macam ragam ada. Ada yang jeling-jeling. Ada yang bisik-bisik. Ada yang sentuh dan lari. HAHA. Tergelak kami dibuatnya.

Mana tidaknya, majoriti gerai kat sini ialah gerai jualan pakaian, tiba-tiba ada pulak satu gerai ni letak emas macam tu je. HEHE.

Ada juga, kali pertama pegang emas. Confirm rasa teruja. Seumur hidup tak pernah pegang emas, kali ni kami bagi peluang pegang emas.

Ada juga tak pernah tahu pun ada emas macam ni. Yang tahu hanya barang kemas je.

Ada juga yang datang, tak sampai 5 minit terus letak duit untuk beli emas. Alhamdulillah, kalau macam tu sebenarya sudah celik emas.

Dan last sekali,

Ada yang datang jauh dari Eropah, datang Tawau semata-mata untuk belajar tentang emas. HEHE

 

Public Gold Sediakan Platform Terbaik Untuk Simpan Emas, Kami Sebagai Pemudah Cara

Orang yang memang zero knowledge pasal emas, kami ajar satu per satu kebaikkan simpan emas.

Namun, bagi yang sudah ada sedikit kefahaman pasal emas, atau memang sudah tahu kelebihan simpan emas, kami terus ajar macam mana nak mula menyimpan emas dengan lebih mudah, ikut kesesuaian bajet.

Bagi yang suka simpan barang kemas, simpan je tak pakai pun, kami galakkan untuk simpan jongkong atau dinar emas Public Gold.

Simpan barang kemas kita akan mengalami kerugian dari segi susut nilai yang tinggi. Tak sama simpang jongkong atau dinar, susut nilai maximum 9% je, berbanding barang kemas, boleh mencecah 25% hingga 30%.

Bagi, yang nak simpan emas, tapi bajet tak banyak.

Kami ajar cara menyimpan emas dengan serendah RM100. Mudah je, simpan melalui akaun emas fizikal GAP.

Ini cerita bagi yang postive tentang emas.

Ada juga yang datang seorang diri, cakap negatif tentang emas.HEHE. Ini normal la kan.

Paling saya tak boleh terima akal. Ada sorang uncle berbangsa Cina datang singgah booth, dia cakap dia beli emas sejak 40tahun lepas, sampai sekarang tak untung simpan emas. Jadi dia simpan duit kertas je. HAHA.

40 tahun simpan emas tak untung?

Mungkin uncle tu simpan emas tipu. Emas yang bagi budak-budak pakai buat main.

Fuhh, banyak lagi lah pengalaman baru saya nak kongsi. Banyak ragam manusia tentang emas.


Ini antara pengalaman yang rakan dealer saya di Tawau berkongsi. Boleh tengok di FB beliau.

 

Kami Kejar Kepuasan, Bukan Income Semata-mata

Motif utama kami buka booth sebenarnya untuk kejar kepuasan. Saya puas hati orang ramai celik emas, dan memilih platform dan cara yang betul untuk simpan emas.

Namun, paling susah hati apabila saya dapat tahu, ramai jugak yang terjoin skim cepat kaya bertopengkan emas.

Ada hamba Allah semalam. Berminat dengan emas. Saya bagitau kami akan ada buat seminar tentang emas nanti di Tawau. Saya bagitau, seminar kami percuma, just untuk educated masyarakat tentang emas dan kewangan dengan cara yang betul.

Kami nak elakkan ramai yang menjadi mangsa scam-scam kewangan.

Tiba-tiba beliau bagitau ” Alamat tuan, macam kena batang hidung saya je”. HUHU.

Fuhh, rupanya beliau pernah kena dengan scam tok berlagak dulu. Habis riban-riban jugak laa.

Walau mangsa skim tok berlagak sudah tahu kerja tok berlagak, namun yang belum jadi mangsa ni pulak masih ada terpengaruh dengan skim-skim yang baru keluar.

Saya mohon agar kerja-kerja kami ini memandaikan orang ramai tentang emas dan kewangan ini diberkati oleh Allah. InsyaAllah

 

Hafiz
Tawau, Sabah
3 September 2018
22 Zulhijjah 1439H

 

Artikel Berkaitan

  1. Mudahnya Membina Pencen Dengan Public Gold
  2.  3 Kebaikan Simpan Emas Untuk Anak-anak
  3. Seminar Emas Public Gold di Tawau

Artikel Berkaitan

>